CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4706|Reply: 44

Kontrak sebagai pengarah pemasaran agensi umrah Aaron Aziz ditamatkan

[Copy link]
Post time 26-3-2025 04:42 PM | Show all posts |Read mode


Datuk Aaron Aziz tidak lagi memegang jawatan sebagai pengarah pemasaran sebuah agensi umrah berkuatkuasa pada Selasa.

Agensi tersebut iaitu Persada Global Holidays menjelaskan keputusan dibuat selepas kedua-dia belah pihak berbincang secara baik sebelum mencapai kata sepakat tersebut.

"Keputusan menamatkan kontrak Aaron dibuat hasil perbincangan secara terbuka, profesional, bertimbang rasa dan budi bicara kedua-dua pihak.

"Kami mengambil kira penyusunan semula pelan strategik dan hala tuju syarikat akibat keperluan dan situasi semasa landskap industri pelancongan yang pantas berubah menyebabkan segala komitmen dijanjikan kepada Aaron tidak dapat ditunaikan.

"Pihak syarikat juga memaklumkan Aaron tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan operasi dan perjalanan syarikat," kata agensi tersebut menerusi satu kenyatan media.

  


Perkara itu dikongsi Aaron menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, tidak menyimpan sebarang dendam walaupun kontraknya bersama agensi berkenaan sudah ditamatkan.

Tambah Aaron, perkara itu memberi pengajaran buatnya agar masalah sama tidak berlaku di masa hadapan.

"Bulan yang penuh barakah ini marilah kita selesaikan apa saja masalah dengan cara baik.

Tahap kesihatan Aaron terganggu sehingga bacaan darah tinggi naik mendadak.

"Tapi untuk diri saya in bukanlah pengakhiran dan saya tak ingin pun menjatuhkan mana-mana pihak.

"Saya akan terus belajar daripada dugaan ini dan kembali dengan kejayaan lebih besar," katanya.

  


Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah agensi umrah dan mendakwa dirinya sudah ditipu sebanyak RM90,000.

Malah perkara itu memberi kesan kepada tahap kesihatan aktor asal Singapura itu apabila tekanan darahnya mencanak naik sehingga bacaan 179.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sangat hensemmm yer di masa muda terkesima tgk dpn2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 09:08 PM | Show all posts
Oh tak mampu bayar Aaron dah ke. Sian
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayu kayu kayu kayu selamanyaaa kayu. Tanpa muka hansome,ko hanyalah sebatang pokok
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 12:45 AM | Show all posts
anarina replied at 26-3-2025 08:51 PM
Dia ni sangat hensemmm yer di masa muda terkesima tgk dpn2

zaman drama Emil Emilda sangat masa tu heshe baru umur 29 dan baru kahwin rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Try hard sangat ayat kemain ereb retis bila dah bertudung. Kosser.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2025 06:06 AM | Show all posts
aku harap aku sorang je yg tak pernah minat dan berkenan dgn aaron aziz ni. pegi belah duduk singapore sana. semak!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenape eh dia very bitter abt this. Dia jadi duta atau keje jadi marketing manager?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 09:20 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 27-3-2025 04:03 AM
Try hard sangat ayat kemain ereb retis bila dah bertudung. Kosser.

Sapa lak yang bertudung ni. takkan bang aron kot
mamai baru bangun sahur ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:29 AM | Show all posts
LembingDayanti replied at 27-3-2025 06:06 AM
aku harap aku sorang je yg tak pernah minat dan berkenan dgn aaron aziz ni. pegi belah duduk singapo ...

sama dia tak pandai berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:41 AM | Show all posts
chandrahusin replied at 27-3-2025 09:29 AM
sama dia tak pandai berlakon

Dia ok je berlakon cuma rupa paras dan bentuk badan dia melimitkan  watak-watak yang boleh dia ambik.
Sama cam Zulripin

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hensem tp semenjak nmpak duk tergantung vape dileher terus turn off.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 10:06 AM | Show all posts
ape kaitan dgn lakonan dia

gossip la psl isu kena terminate ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 10:46 AM | Show all posts
Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah agensi umrah dan mendakwa dirinya sudah ditipu sebanyak RM90,000.


ni maksudnye ape die mintak payment smpi rm90k ke? tapi kontrak ckp ape masa dilantik jadi duta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 12:05 PM | Show all posts
kalau tak silap AA kata dia advance kan duit 90k kat company ni tp janji tinggal janji katanya....baca kat IG AA kalau tak silap lah.... tp he mmg hensem la mudo2 dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:24 PM | Show all posts
rayna_raynes replied at 26-3-2025 09:08 PM
Oh tak mampu bayar Aaron dah ke. Sian

I dengar drp agen sykt yang mereka dah bayar semua duit dia. Wallahulalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 01:26 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 27-3-2025 08:41 AM
Kenape eh dia very bitter abt this. Dia jadi duta atau keje jadi marketing manager?

Yang I baca dulu: mula2 dia jadi duta and lepas tu jadi rakan kongsi utk sykt tersebut.

Maybe sykt lambat nak bayar balik 'keuntungan ' dia, Biasalah kan lambat nak dapat roi. Wallahulam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baca google review travel agency ni,bnyk jgk bad review kes suka tukar hotel last minit .Janji hotel 50m,smp sana dapat hotel jauh .Harga hotel dekat & hotel jauh mestilah berbeza kan .
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:44 PM | Show all posts
disebabkan abam eron ni
a lot of singaporeans take up package yg mahal2 tu
kawan2 bini dia pun ramai jer yg support
so kalo dia ada invest, mesti dia pun tau perjalanan biz camna
mmg buat duit
knp dia tak mcm adispenderbergulung and open his own biz?
kan lebih better boleh jaga pengurusan sendiri
jai laki bini pun dah bukak karva agency utk umrah
sepatutnya as a senior in the industry boleh jer abam eron dgn bini dia
berdiri diatas kaki sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061457 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list