CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 928|Reply: 2

[Tempatan] Untung bersih Astro melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM129.15 juta

[Copy link]
Post time 26-3-2025 09:56 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM129.15 juta daripada RM36.88 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut syarikat itu, keuntungan bersih yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh kos pembiayaan bersih yang lebih rendah, didorong oleh tukaran asing tidak direalisasikan yang menggalakkan susulan liabiliti pajakan yang tidak dilindungi dan pelunasan aset tidak ketara yang lebih rendah, diimbangi oleh pendapatan yang lebih rendah sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) serta perbelanjaan cukai yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, Astro dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata perolehan merosot kepada RM3.08 bilion daripada RM3.34 bilion sebelumnya berikutan penurunan dalam hasil langganan dan hasil pengiklanan.

Menurut Astro, perolehan televisyen menyusut sebanyak lapan peratus kepada RM2.90 bilion daripada RM3.15 bilion, terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam hasil langganan dan hasil pengiklanan.

Sementara itu, perolehan radio bagi tahun semasa lebih rendah sebanyak RM15.1 juta atau 8.1 peratus, berbanding dengan tahun yang sama disebabkan oleh sentimen pengguna yang lemah mendorong kepada perbelanjaan pengiklanan yang lebih rendah.

Bagi suku keempat berakhir 31 Januari 2025, keuntungan bersih syarikat itu susut kepada RM10.49 juta daripada RM44.38 juta pada suku yang sama tahun lalu, manakala perolehan turut merosot kepada RM766.41 juta daripada RM819.85 juta sebelumnya.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Euan Daryl Smith, berkata syarikat akan memberi tumpuan kepada usaha menarik ramai pelanggan baharu, mengukuhkan perniagaan berkaitan dan mengurangkan kos legasi.

"Tiga tonggak ini menjadi panduan kami menuju tahun kewangan 2026 ketika kami terus membentuk Astro sebagai destinasi hiburan dan penstriman nombor satu di Malaysia," katanya.

-BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi saham Astro tak naik2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Barokah weil, weil, weil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051397 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list