CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengkid dan kekasih ditahan, curi dua jam tangan berjenama ketika bersih rumah

[Copy link]
Post time 25-3-2025 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Pengkid dan kekasih ditahan, curi dua jam tangan berjenama ketika bersih rumah

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Dua wanita warga Indonesia ditahan kerana disyaki mencuri dua jam tangan, barangan kemas dan wang tunai, di sini. FOTO IHSAN IPD BARAT DAYA



Balik Pulau: Dua jam tangan jenama terkenal, wang tunai dan barangan kemas yang keseluruhan dianggar bernilai RM69,500 antara barangan yang dicuri pengkid dan kekasihnya di sebuah rumah di Sungai Nibong, Bayan Lepas di sini, pada 10 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, dua pekerja perkhidmatan pembersihan yang berusia 31 dan 34 tahun itu disyaki mencuri ketika melakukan kerja pembersihan dalam bilik tidur di rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah yang juga seorang peniaga berusia 44 tahun.

"Pengadu menyedari kehilangan jam tangan berjenama Omega miliknya yang diletak di dalam almari selain wang tunai dan rantai tangan milik isteri.

"Ibu lelaki itu turut kehilangan jam tangan berjenama Rolex sebelum mengesyaki ia diambil oleh seorang wanita yang datang melakukan kerja pembersihan di rumahnya pada 10 Mac lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, hari ini.

Sazalee berkata, hasil maklumat dan risikan, dua wanita warga Indonesia berkenaan berjaya ditahan pada 17 Mac lalu di sebuah rumah di Ayer Itam.

Turut dirampas ialah beg galas, barangan kemas serta tiga telefon bimbit termasuk dua Iphone 16 Pro Max dan Iphone 14 Pro Max.

"Suspek pertama mengaku mencuri dua jam tangan berjenama itu sebelum menyerahkan kepada pengkid bagi dijual kepada seorang lelaki menerusi Facebook (FB) pada harga RM10,000 dan RM5,000 setiap satu.

"Pengadu mendakwa mendapatkan khidmat pembersihan rumah menerusi FB dan semakan polis mendapati akaun berkenaan sudah tidak ditemukan," katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu, masyarakat diminta supaya berhati-hati ketika mencari khidmat pembersihan rumah tidak berdaftar yang diiklan di dalam talian, terutama pada musim perayaan ini," katanya.

Terdahulu, Sazalee ditemui di Majlis Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 Tahun 2025 yang dihadiri seramai 262 termasuk pegawai dan anggota serta jemputan.

Pada majlis itu, Harian Metro menjadi satu-satunya agensi media yang menerima sijil penghargaan sempena sambutan berkenaan berikutan kerjasama, sumbangan dan sokongan yang diberi.



Disiarkan pada: Mac 25, 2025 @ 1:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1200840/pengkid-dan-kekasih-ditahan-curi-dua-jam-tangan-berjenama-ketika-bersih




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034111 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list