CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2553|Reply: 27

‘Saya menangis lepas dapat surat direhatkan dari kerja’ - Nabil Ahmad

[Copy link]
Post time 25-3-2025 10:20 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Pengacara Nabil Ahmad mengakui menangis ketika menerima surat direhatkan daripada tugas sebagai penyampai radio Era selepas dia terpalit isu kontroversi yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman baru-baru ini.

Menurut Nabil, 42, perkara tersebut membuatkan dia mempersoalkan sama ada kerjaya yang dibina bertahun-tahun akan berakhir begitu sahaja.

“Saya dapat surat direhatkan selepas kami (Azad Jasmin dan Radin) keluar dari Bukit Aman.

“Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.

“Ketika ini saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (kerjaya), apa yang harus saya jual ketika ini?” katanya dalam satu temu bual podcast bersama bekas pengacara, Aidid Marcello.

Katanya, situasi ketika itu memberi impak kepada emosinya ditambah pula perlu mencari nafkah untuk keluarga.

“Saya tidak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau mohon cuti sendiri.

“Namun, kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu.

“Anak-anak juga sedang membesar, dapat surat macam itu memang mental. Macam tak percaya sebab saya dah bina kerjaya itu sehingga hari ini,” katanya lagi.

Tambah Nabil, keputusan direhatkan itu juga membuatkan dirinya mula memikirkan masa depan diri dan perancangan jangka masa panjang.

“Saya pernah cakap pada diri sendiri, kalau nak jadi pengacara, jadi yang tiada ganti dan paling dinanti-nanti orang ramai.

“Macam saya, jenis harung semua jatuh dan bangun itu sendiri tapi bila sampai surat itu, rasa hancur jadinya.

“Saya terfikir ke mana nak pergi dan perancangan masa depan anak-anak. Karier ini memang tak ada ‘backup’. Kalau masa itu habis, kau pun habis,” ujarnya.

Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin dikecam selepas tular video memperlihatkan mereka bergurau dengan menyebut ‘Vel Vel’, dipercayai mempersendakan ritual masyarakat Hindu.

Insiden itu mengundang kritikan meluas sehingga syarikat penyiaran, Maestra Broadcast Sdn. Bhd. dikenakan kompaun RM250,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun, SKMM memutuskan untuk tidak menggantung lesen stesen radio terbabit selepas mempertimbangkan beberapa faktor.

Menyedari kesilapan, Nabil, Azad dan Radin tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atas tindakan mereka. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 10:22 AM | Show all posts
ada tertengok prodcast tu beberapa hari lepas
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 11:43 AM | Show all posts
apa lagi, tempah la tiket pergi umrah...bukan kah gitu sikap artis bila ada isuakan 'lari' ke sana utk disucikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
So apa kesudahan kes dorang ni
Padahal dorang bukan parody thaipusam pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 12:07 PM | Show all posts
pengajaran nabil kan..
tu la kau, dah berapa kali kena kecam pun tetap tak heran. berapa kali dah orang kata jaga mulut jangan hegeh2 sangat...
kena teruk kali ni memang ingat smp mati la. Radin je kesian, dia macam tak buat apa2 je tapi dia sekali kena
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 12:19 PM | Show all posts
tak kan skrg ni cuma ada keje DJ je bil? bisnes gym kan ada.. nnt GV on balik mesti Astro amk kau juga.. kau hlg satu kerja tp duit dlm bank kau byk lg bil..  jadikan pengajaran, tok ram tok naz byk kali tegur kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2025 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tau pun sedor pun tp ko membongkak mulut tu main hembus je
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh ko lah punca sebut ayat tu.. si azad tu mangsa keadaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila mulut cepat dr otak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah Nabil ni satu je ,mulut dia lagi laju drp otak .Tahu nak buat lawak ,tapi umur dah 40an tu ,biar buat lawak yg berjenis sikit .Takkan lah smp bila2 ,nak bg org ingat ko sbg pengacara yg buat lawak tak cerdik .
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:05 PM | Show all posts
nak salahkan astro gak sbb sblm ni  bila org hencap  ada benda kontroversi astro x bertegas.mcm kat gv..nabil ni dah berapa kali org marah.tapi paling humble minta maaf.itu pun lps minta maaf menganjing,sindir2 org balik.bila sampai kerajaan ambik tindakan  baru ada akai kan.jadi astrok jgn salahkan staff ko je sbb ko pun selama ni ambik mudah je ingat terlepas semua benda.agknya astrok  pun terkejut  sampai kena panggil  ke bukit aman tu yg mengelabah teteks memasing
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:07 PM | Show all posts
Train diri tu supaya mulut tu tak lebih laju dari otak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe wake up call....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
vel vel lah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada kata lain selain padan muka... bawak2la bertobat balik kampung p kebun bjasa pd tanah. Xsesuei nk hidup glamor2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 25-3-2025 03:52 AM
So apa kesudahan kes dorang ni
Padahal dorang bukan parody thaipusam pun

Begitu la nk tunjuk mesra bangsa dan agama lain. Padahal tgk klip tu tak terfikir langsung psl thaipusam sbb tak pernah tahu pun. Mmg nmpak tarian miki ghazali sbb tgh viral.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 01:29 PM | Show all posts
Bila lah Era 3 pagi nak berkumandang ke udara balik?
Cepat le sikit pasal ada juga antara pendengar radio waktu pagi dah penat tercari cari stesyen yg bagus sebagai ganti…..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:44 PM | Show all posts
alesandra replied at 25-3-2025 05:05 AM
nak salahkan astro gak sbb sblm ni  bila org hencap  ada benda kontroversi astro x bertegas.mcm kat  ...

ye... i paling bengang waktu dia gi letak kipas kat dada sherry , dalam baju yang terlopong tu... tapi takde isue pun dikeluarkan ..bila kerajaan dan penguasa campur tagan baru sedar. ...astro amik iktibar lah .
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 02:05 PM | Show all posts
silampumeja replied at 25-3-2025 01:44 PM
ye... i paling bengang waktu dia gi letak kipas kat dada sherry , dalam baju yang terlopong tu...  ...

bab letak kipas  tu paling  recent..selama ni pun mmg dia main  lepas  je dgn semua partner dia..ini temasuklah jihan,rina nose,kepom etc.panggil org  jahiliah  la.gv terbaru ni pun ada terlepas ckp kt tok naz sampai  berubah sikit muka tok naz tapi dah lupa ..dia ckp apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 04:00 PM | Show all posts
wayang je ni... silap2 gaji n bonus jalan macam biasa... denda pun astro yang kena bayar bukannya heols...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049367 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list