View: 1361|Reply: 9
|
Esma Daniel sambung belajar ijazah sarjana
[Copy link]
|
|
Lebih satu dekad meninggalkan zaman belajar, pelakon Esma Daniel teruja bakal menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada April depan.
Esma atau Esma Daniel Md Isa, 56, berkata dia memegang amanat arwah bapanya, Allahyarham Md Isa Abidin untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah mempunyai pekerjaan yang diimpikan.
Katanya, dia turut gembira akan belajar bersama-sama anak seni lain seperti Tomok dan Amerul Affendi.
"Pesanan daripada arwah ayah saya juga untuk menyambung pelajaran walaupun sudah berkerja. Dia juga sentiasa berpesan agar saya terus menimba ilmu tanpa mengira usia dan sentiasa istiqomah dalam setiap usaha.
"Jadi saya rasa ini adalah masa terbaik untuk saya belajar dan teruskan karier lakonan saya juga. Terasa remaja semula apabila bakal mendaftarkan diri pada bulan April nanti," katanya ketika dihubungi mStar.
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Esma memberitahu dia akan mengikuti kursus Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (ApelQ) yang dianggap bersesuaian dengan dirinya.
Esma berkata kursus berkenaan juga memberi peluang kepada pelakon-pelakon sepertinya yang hanya mempunyai pendidikan di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Walaupun akan ada tugasan serta pensyarah yang membimbing tapi saya tetap berkerja macam biasa. Cuma akan ada ditambah eleman pembelajaran di dalamnnya.
"Program ini juga tidak terikat dengan kelas yang perlu saya ikuti walaupun saya ikuti krusus ini sepenuh masa," jelasnya.
Dalam pada itu, Esma memberitahu dia percaya dengan mengikuti kursus ini turut membantu dirinya mengembangkan diri di dalam kerjayanya.
"Dalam kehidupan ini perlu ada pencapaian tersendiri terutama dalam akademik. Selepas melakukan pelbagai perkara dalam dunia lakonan mahupun luaran saya rasa perlu ilmu tambahan dari segi akademik," ujarnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hah??
igtkan anak
pape pun tahniah
semoga dipermudahkan urusan dan capai ape yg ingin digapai
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 25-3-2025 02:54 PM
past few years before kawin selalu nampak heshe kat skypark cyber, selalu exercise kat balkoni rumah ...
Anak dia kut chouls |
|
|
|
|
|
|
|
Mudanya bini dia. Bila dia kawen ek? Takde ura-ura pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni 3rd wife dia kan....yg dgn no 2 dulu, ramai gak anak2 dia..tp kesian gak dgn no 2 tu sbb ms tu kene bela biawak sekor nih
Merata2 sheols tlg carikan keje utk jantan nih
Last2 seraiii |
|
|
|
|
|
|
|
cerai jugak dgn Nitra Sari punyalh loving couple anak pun berderet..
3rd bini ni kita tgk brp lama bertahan |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 26-3-2025 09:17 AM
Ni 3rd wife dia kan....yg dgn no 2 dulu, ramai gak anak2 dia..tp kesian gak dgn no 2 tu sbb ms tu ke ...
No. 2 ex wife dia tu keje apa? Pelakon gak ke, bukan ke Esma ni ade gak berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
Forensik data menawarkan pemeliharaan bukti digital yang boleh berguna di mahkamah, menyediakan rantaian jagaan untuk sebarang bukti yang ditemui dalam kes penipuan kewangan, kecurian mata wang kripto atau kecurangan, dan menyokong pemulihan aset anda yang hilang. Saya dapat memulihkan wang saya yang hilang kepada penipu, kemahiran mereka sangat baik. Saya bersyukur.
anda boleh menghubungi mereka melalui
E-mel: [email protected]
WhatsApp:+1(315)612-1269
laman web:https://www.data-forensics.de/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|