View: 2073|Reply: 18
|
Lancar lagu raya masa awal Ramadan benda biasa, Andi Bernadee bidas Waheeda
[Copy link]
|
|
Penyanyi Andi Bernadee menganggap isu melancarkan lagu raya di awal bulan Ramadan sebagai satu norma biasa dalam perniagaan dunia hiburan.
Kata Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 34, pelancaran awal dibuat bagi memberi pilihan kepada pendengar selain persaingan sengit melibatkan lambakan lagu raya yang dilancarkan tahun ini.
“Bagi kami sebagai penyanyi, perkara ini seperti bisnes. Bila kita lancarkan lagu raya awal, sebelum raya pendengar sudah tahu nak pilih lagu apa.
“Persaingan sangat hebat, tahun ini sahaja hampir 40 buah lagu dilancarkan.
“Mana faham akan faham, mana yang tidak, kita minta maaf,” katanya kepada mStar.
Andi berkongsi perkara itu sebagai respons kepada penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 47, yang berpendapat tindakan melancarkan lagu bertemakan Aidilfitri sejak minggu pertama Ramadan seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan tersebut.
Pun begitu, Andi tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Waheeda itu ada kebenarannya kerana Ramadan hanya diraikan setahun sekali.
Sebagai umat Islam perlu lebih menghayati bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah.
“Saya rasa apa yang dikatakan olehnya ada benar juga. Sekarang ini kita di bulan Ramadan jadi kita kena hormati bulan mulia ini.
“Janganlah kita keluarkan lagu raya awal sangat sebab kita nak menikmati Ramadan yang cuma datang sekali setahun sahaja,” ujarnya.
Sebelum ini, Waheeda mengingatkan agar artis tidak terlalu ghairah mempromosikan lagu raya sehingga terlupa tentang keindahan Ramadan.
Malah penyanyi lagu Wassini ini meminta golongan artis menukar pemikiran mereka tentang mempromosikan lagu masing-masing dan yakin terhadap rezeki daripada Allah.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kelubung xyah acah2 la. Ko pon sibuk jugak bergelumang dalam industri seni dulu, sakan rapat2 dengab retis x kira lelaki ke perempuan. Dah lagu raya, mesti la release bulan puasa. Xkan nak release 1 syawal? |
|
|
|
|
|
|
|
Berani ya dia bidas retis bertutup sampai lutut?

|
|
|
|
|
|
|
|
sampai sekarang iols tertanya... sape yg release lagu raya minggu pertama ramadon mcm makcik ni cakap? |
|
|
|
|
|
|
|
ade nmpk kt youtube
sblm puasa lagi dah ada
tp tak igt sape
nk confirm blh tgk kt youtube tarikh released tu
mcm ada masa sgt nk ambik pot kan 
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia kurang lagu ramadan best2
Byk dr indo....
|
|
|
|
|
|
|
|
Guwe tak minat lagu raya dr indon.. Yg tetap best Malaysia punya juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada aje lagu "Pertama Ramadan" nyanyian kumpulan Fotograf.
|
|
|
|
|
|
|
|
abis tu bila nya lagu2 raya aidilfitri nak direleased? cuti akhir tahun? lepas Muharam? time Diwali? kalau sebelum Ramadan, kang kata over mengada puasa pun belum dah sibuk nak raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Si Wassini ni sbnrnya saja2 buat statement mcmni nak tujukan ke specific person ke |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin: Kelubung xyah acah2 la. Ko pon sibuk jugak bergelumang dalam industri seni dulu, sakan rapat2 dengab retis x kira lelaki ke perempuan. Dah lagu raya, ...
Mesti ehh? Syarat sah raya ke apa ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah berhijrah xyah sebok komen. Bila komen dialah terpaling syorga.
Bukan tak pernh dok dlm industri melagha sana sini. Lupa kot dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
berani ek sunio ni... giant takde tau nk bekap kau... |
|
|
|
|
|
|
|
sunshinelady replied at 25-3-2025 08:50 AM
abis tu bila nya lagu2 raya aidilfitri nak direleased? cuti akhir tahun? lepas Muharam? time Diwali? ...
kalau radio, 15 Ramadan baru pasang lagu raya.. mungkin cmtu la maksudnya kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Forensik data menawarkan pemeliharaan bukti digital yang boleh berguna di mahkamah, menyediakan rantaian jagaan untuk sebarang bukti yang ditemui dalam kes penipuan kewangan, kecurian mata wang kripto atau kecurangan, dan menyokong pemulihan aset anda yang hilang. Saya dapat memulihkan wang saya yang hilang kepada penipu, kemahiran mereka sangat baik. Saya bersyukur.
anda boleh menghubungi mereka melalui
E-mel: [email protected]
WhatsApp:+1(315)612-1269
laman web:https://www.data-forensics.de/ |
|
|
|
|
|
|
|
hahhahahahha kan? lupa lah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
meolls harap ada lagi artis yg bidas si wasini ni. Pada meolls ok je release lagu raya dlm bulan ramadan, awal ke tengah ke hujung ke. Dah mmg lepas puasa kita akan raya.
Penat lah dlm hidup ni semua benda nak persoalkan, nak kecam. Sama mcm dekat tiktok masa maher zain release lagu, semua duk kecam kenapa ada muzik. Eh shibal sekor2 kau dekat tiktok kut lagi tanya kenapa ada muzik ohmaigod so bodoh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|