CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

Kaedah baharu pastikan Malaysia juara

[Copy link]
Post time 24-3-2025 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) bakal menggunakan resipi baharu untuk memastikan wakil Malaysia mampu muncul juara dalam setiap kategori disertai di Kejuaraan Esports Dunia (WEC) 2025.

Presiden MESF, Muhammad Naim Al-Amin berkata, beliau percaya kaedah itu mampu membentuk keserasian lebih baik selain dapat mengekalkan momentum serta strategi yang sudah digunakan selama ini dalam permainan mereka.

Jelasnya, jika sebelum ini gabungan pemain campuran dari pelbagai pasukan dipilih mewakili Malaysia, ia dilihat kurang berkesan kerana terdapat beberapa situasi harus diambil kira termasuk menyesuaikan diri dengan taktikal diterapkan.

Selain itu, katanya, acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Piala Esports Malaysia 2025 yang berakhir hari ini menjadi pentas terbaik bagi wakil setiap pasukan mempamerkan persembahan cemerlang untuk ke sesi pemilihan terakhir peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan penghujung April depan.

"Kita memilih empat terbaik daripada kejohanan ini (Piala Esports) dan juara sebelum ini (barisan pemain Malaysia yang muncul juara WEC di Arab Saudi tahun lalu) untuk kita adakan satu lagi pemilihan dan mereka berlima akan bersaing sesama sendiri.
"Bagi pasukan yang muncul juara , keseluruhan skuad termasuk jurulatih dan pengurus akan mendapat slot ke WEC.

"Kita tak nak pisahkan mereka kerana kita faham, kadang-kadang meta atau resipi pasukan itu tidak mahu dikongsi.

"Jadi, kita sudah tahu kerana sebelum ini sudah dibuat dengan cara menggabungkan semua pemain daripada pasukan berlainan, tapi mereka tak dapat keserasian terbaik," katanya.

Sebagai tambahan, format Global Ban turut digunakan dalam peringkat Playoff Piala Esports Malaysia 2025 apabila setiap hero yang digunakan akan diharamkan secara automatik untuk keseluruhan siri perlawanan.

Langkah ini bukan saja menaikkan aras kesukaran kejohanan, malah mencabar kreativiti serta fleksibiliti setiap pasukan dari segi strategi dan pemilihan hero.

Peminat MLBB Malaysia sudah lama menantikan kejohanan rasmi yang menyaksikan pasukan profesional negara berentap dalam format seperti ini, yang sebelum ini jarang diketengahkan di peringkat tempatan.

Sementara itu, bagi beberapa sukan lain, dijangka akan diadakan sesi pemilihan dalam masa terdekat untuk mencari wakil terbaik negara ke WEC.

Untuk makluman, pada tahun ini, lima acara e-sukan dipertandingkan iaitu eFootball Mobile, Counter Strike 2, DOTA 2, PUBG Mobile dan MLBB.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.041415 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list