View: 3392|Reply: 29
|
Farid dan Diana sah cerai kali kedua
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Farid, 43, melafazkan cerai terhadap Diana di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin, menandakan berakhirnya perkahwinan mereka yang terbina sejak 12 tahun lalu.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tenang selepas prosiding dan menerima perpisahan itu dengan hati terbuka.
“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sesi sebutan tuntutan perceraian.
Diana, 34, turut meluahkan rasa lega selepas segala urusan selesai dan kini mahu memberi fokus kepada dua anak mereka.
“Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik.
“Paling penting, untuk kebaikan mereka,” dedahnya.
Sebelum ini, Farid pernah menyatakan bahawa dia tidak akan memujuk Diana lagi selepas segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan menemui jalan buntu.
Untuk rekod, pasangan ini pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun kembali rujuk selepas 21 hari.
Bagaimanapun, Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melintas news ni kat ig explore it d terus masuk sini
Elok je tgk salam2 sambil senyum dua2 ni, moga terus berbaik demi ank2
Faham dah kot jodoh diaorang setakat tu je |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 24-3-2025 12:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..smg move on lah masing2 jgn jd janda tepi longkang. X habis2 cerita dia je kat forum ni.meluat |
|
|
|
|
|
|
|
weezerfan replied at 24-3-2025 01:20 PM
Alhamdulillah..smg move on lah masing2 jgn jd janda tepi longkang. X habis2 cerita dia je kat forum ...
Ala msa mereka cerai mula2 dulu pun
Tak habis ceta mereka berdua ni dlm forum ni
Masing2 pun pernah buka aib masing2
Skrg ni dh fasa tenang diri blh bersalaman
Salahkan lh reputz cari asyik cerita dia keluar
Padahal dia tak mencecah apa2 pun lepas tepi longkang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apapun takziah
Semoga mereka temui kebahagian dgn org lain
Diana pun deserve better |
|
|
|
|
|
|
|
takziah to both. semoga jalankan tanggung jawab ibu dan bapa sebaiknya. bukan sembang sayu je kat ig |
|
|
|
|
|
|
|
cintasuraya replied at 24-3-2025 01:24 PM
Ala msa mereka cerai mula2 dulu pun
Tak habis ceta mereka berdua ni dlm forum ni
Gitu fanataik mak janda bekap. |
|
|
|
|
|
|
|
diana lately ni baru nampak feature macam mak2..sejak dia gain weight kan |
|
|
|
|
|
|
|
Theyols berdua ni ada perangai macam pelik-pelik sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah...semuga bertemu kebahagiaan cara masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jambatannetizen at 24-3-2025 02:59 PM
boudinniA replied at 24-3-2025 02:01 PM
Theyols berdua ni ada perangai macam pelik-pelik sikit.
kwn aku kerja ngan diana.. mmg theyols berdua ni ada perangai pelik-pelik sikit. Dh mcm kesan org ada ambil brg kdg2 aku tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
tak de ke yang buka benang baru pasal isteri edika yusuf failkan cerai tu? |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 24-3-2025 02:14 PM
Iya.. kwn aku kerja ngan diana.. mmg theyols berdua ni ada perangai pelik-pelik sikit. Dh mcm kesa ...
Bg contoh chuolls |
|
|
|
|
|
|
|
Elok jadi kawan je ni. Entah² lagi rapat n happy² je lepas ni. Takziahlah. Muak jugak tgk korang bergasak. Baguslah dah berakhir |
|
|
|
|
|
|
|
Diana buat nose thread ker ni? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 24-3-2025 03:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
8Queen8 replied at 24-3-2025 03:38 PM
Diana buat nose thread ker ni?
Dia memang mengaku buat something kat hidung |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat keduanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|