CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1036|Reply: 6

[Tempatan] 5,000 anak Pahang terima baucar petrol pulang beraya

[Copy link]
Post time 23-3-2025 11:36 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Kerajaan Pahang meneruskan inisiatif pemberian baucar petrol RM50 kepada 5,000 perantau anak kelahiran negeri itu untuk pulang berhari raya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, hari ini, baucar itu diagihkan kepada 1,000 penerima pertama sebelum diagihkan kepada 4,000 yang lain.

Beliau berkata, pemberian baucar itu adalah inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban anak perantau dan memastikan mereka pulang beraya.

"Tak banyak (bantuan), tapi ia bukan soal nilai, tapi tanda ingatan tulus ikhlas untuk anak Pahang balik beraya.

"Hari ini ada 1,000 (penerima) yang datang, terima kasih. Kalau ada duit (lebih), bukan RM100 tapi RM200 pun kita beri," katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik ke Pahang 2025 di sini, hari ini.


Sementara itu, jurutera, Zuraini Md Zain, 48, yang kini menetap di Taman Melawati, di sini, bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang daripada 5,000 penerima bantuan.

Katanya, pemberian bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebannya yang akan pulang beraya di Raub, Pahang, pada hari raya kedua nanti.

"Tahun lalu ada mohon tapi tak dapat, jadi syukur dan seronok kerana terpilih kali ini.

"Bagi saya, baucar petrol RM50 itu besar dan boleh tampung perbelanjaan nak balik ke kampung.

"Diharap pemberian bantuan sebegini berterusan dan ditambah lagi pada masa akan datang bagi mengambil kira anak perantau Pahang yang tinggal lebih jauh dari ibu kota," katanya.

Seorang lagi penerima, Akmal Ariff Razak, 24, yang juga guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat, di sini, berterima kasih kepada kerajaan Pahang kerana memberi bantuan yang meringankan beban untuk pulang beraya di kampung menjelang Aidilfitri nanti.

Katanya, pemberian bantuan itu menunjukkan kerajaan negeri mengambil berat terhadap anak Pahang yang merantau di ibu kota.

"Satu pengalaman baru buat saya kerana tahun lalu tidak mohon… kali ini dapat selepas cuba mohon.

"Syukur sangat kerana nanti dapat guna baucar untuk pulang beraya di Gambang, Kuantan, Pahang nanti," katanya.

Pemberian baucar petrol Moh Balik Beraya Ke Pahang terhad kepada 5,000 permohonan terawal yang berusia 18 tahun ke atas.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Mac lalu.

Ia adalah kesinambungan Program Nak Balik Beraya Ke Pahang yang memberi manfaat kepada 5,000 anak Pahang menerima baucar.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ni aritu ada adik ipar iols post dlm group tp iols abaikan je igtkan link scam ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dari kolumpo ke pahang cukup dah kot minyak byk tu kalau pakai kete 1.5 kebawah la
dah mcm balik mengundi plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabah xde nk bg baucer tikek kapal ke? ????????
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki anak pahang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena undi siapa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk pemastautin tetap mcm mana pula? Harapnya dapat juga sbb diarg setia rancakkan ekonomi tempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.360990 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list