View: 2363|Reply: 22
|
[Tempatan]
Tiga anggota polis disiasat lakukan sekatan jalan raya di Serdang
[Copy link]
|
|
Serdang: Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap tiga anggotanya yang dirakam dalam video tular melakukan sekatan jalan raya berhampiran persimpangan The Mines, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menyedari video berdurasi satu minit 19 saat itu yang memaparkan tiga anggota polis trafik menjalankan sekatan jalan raya antara 12.15 hingga 1.15 tengah hari.
Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada berlaku salah laku atau perlanggaran garis panduan dalam pelaksanaan sekatan jalan raya.
Beliau menegaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang tidak akan berkompromi sekiranya ada pelanggaran prosedur dalam operasi berkenaan.
"Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Terdahulu, video yang memaparkan tiga anggota polis trafik melakukan sekatan jalan raya dan menahan kenderaan itu tular di media sosial.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Acik dh nk berspekulasi dh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana public nak tau sekatan tu ada arahan ka tak? Yang buat video tu gang sendiri juga ka? Bukan speku, tanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aah....mcm maner nak tau buat tanpa arahan???.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cerita ni???
Kes cari extra duit raya ke mcm mana?
Camne tahu sekatan ni dibuat tanpa arahan?
Fuhhhh byknya persoalan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izwan_izi at 24-3-2025 11:07 AM
Sekatan yg official bukan ke siap pondok / anggota bersenjata / ada pegawai operasi (inspektor ke atas, bukan lance kopral) / chase vehicle & support vehicle....?
Lagi satu...sekatan yg official akan ada kon yg semakin menutup lorong hingga jadi 1 lorong..
Setakat letak 2 kon tiang gol tu dgn kereta peronda halang lalulintas mcmtu..kan dah tak ikut prosedur sebab membahayakan pengguna jalan raya yg lain dan anggota tu sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-3-2025 11:19 PM
Macam mana public nak tau sekatan tu ada arahan ka tak? Yang buat video tu gang sendiri juga ka? Buk ...
Kena ada papan SJR tu kan, pastu kereta yg truck tu kena ada tempat SJR, bilangan affice pun ada min, bukan 3 org mcm ni. Ni yg pakcik iols ex police inform lah. Lain2 pada tu takda kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
tp tu ada kereta polis.
betoi la pdrm kna bg guideline cmna nk tau tu roadblock harem ke halal.
cm biasa apa2 jumpa polis ke apa, msian akan cuak dulu. hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
TINDAKAN SEBELUM SEKATAN JALAN RAYA
Bilangan pegawai yang mencukupi
Papan tanda yang berukuran 100CM x 65CM yang bertulis dengan perkataan "BERHENTI PEMERIKSAAN POLIS/KASTAM/JPJ" di tulis dengan cat 'Luminous'. Dua papan tanda dengan perkataan "AWAS" berukuran 100CM x 65CM. Papan-papan tanda ini digantung kepada dua batang tiang setinggi 140CM
Lampu isyarat (flasher) berwarna merah dan kuning/biru yang mencukupi dan terang ( 2 biji daripada lampu merah dan kuning/biru di gantung 180CM disebelah kiri dan kanan papan tanda).Manakala 1 lampu warna merah diletakkan ditengah-tengah papan tanda tersebut
6 Buah kon untuk menandakan tempat pemeriksaan
2 Buah lampu baton warna merah untuk memberi isyarat
Lampu suluh untuk menyuluh dan memeriksa kenderaan
Alat komunikasi yang sesuai -Walkie-Talkie,alat radio kereta dsb
Tidak kurang daripada 2 buah kenderaan
Senjataapi secukupnya
Gari secukupnya
TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK SESUAI DIADAKAN SEKATAN JALAN RAYA
1.Berdekatan dengan simpang
2.Berdekatan sekolah
3.Dijalan berbukit
4.Dijalan yang berselekoh dan sibuk
5.Dilebuhraya |
|
|
|
|
|
|
|
jalan subang airport hala ke federal lepas simpang masuk highway pun selalu ada roadblock gini..
but good la sebab dorang tahan vehicle yang cut q laju acah-acah nak masuk highway tapi hujung-hujung potong q or guna emergency masuk jalan hala ke kl.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala polis ni ikut kepala dia je nak buat sekatan..
dulu pernah kena polis naik motor je buat sekatan, ntah dia dapat mana kon, ketak tutup kat 1 lane, 1 lagi lane dia dgn partner dia buat sekatan tahan motorsikal..kereta dia suruh jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Wow risaunya..mcm mana nak tahu yg road block Polis tu genuine atau tidak...
Apa shj boleh berlaku sbb mereka sedang diberi kuasa pd pengguna jalan raya... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu mmg selalu lalu jalan tu....paling seteress bila dia boleh buat mcm ni masa orang nak balik kerja.....dah tak bergerak kereta dibuatnya.....jammmed teruk..... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kannn... even public dah saspek pun itu sekatan harem, ada ka yang berani tanya abam pulis ini sekatan ada kebenaran ka... 
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang kena pilih untuk dikenakan saman. Ini dia yang suap tapi hujung2 komplen rasuah. Pertama, kalau ko tak salah, takde sebab depa nak tahan. Kedua, kalau ko sendiri takde jati diri, jangan expect orang ada jati diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat jahat berpada2.
Jangan kerap nanti kena tangkap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|