View: 1453|Reply: 13
|
Kalau semua okay, Erra akan teruskan dengan Ezwan
[Copy link]
|
|
Setia Alam : "Nak cakap saya dilamun cinta pun, takut. Bukan soal nak jaga hati orang, tetapi soal 1,001 kemungkinan," kata Erra Fazira, 51, mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain, 44, yang diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini.
Erra yang kini terbuka berbicara mengenai hubungannya dengan lelaki terbabit yang sebelum ini dirujuk sebagai 'Mr E' berkata, mereka melalui fasa itu tanpa tekanan.
"Sekarang, kami di fasa nak cuba melalui laluan yang betul, tetapi tanpa tekanan," katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama peminatnya, di sini, malam tadi.
Erra bagaimanapun menyerahkan kepada takdir yang akan membawa jodoh mereka mengikut arus yang betul.
"Nak katakan ya (bercinta), kita tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Jadi, saya ikut saja arus waktu.
"Kalau rasanya okay, semua okay, keluarga okay, 'jalan'. Saya okay begitu. Tak terlalu 'rigid' sangat.
"Masing-masing melakukan tanggungjawab masing-masing untuk kenalkan kepada keluarga. Saya rasa lebih matang," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai penerimaan anaknya, Engku Aleesya Engku Emran, 16, mengenai kehadiran Ezwan, Erra berkata, Aleesya memberikan reaksi positif.
"Dia seorang yang memerhati. Kalau tak suka, dia akan cakap tak. Kalau dia okay, dia akan cakap okay. Alhamdulillah, huraian yang baik dan dia berikan reaksi positif (mengenai Ezwan)," katanya.
Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan anggota KRU, Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 sebelum berpisah pada 2006.
Dia kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Namun, perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2014.
Erra juga pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribu lebih bagus dgn pokcik di bandingkan dgn si shahir zawawi.
oh dia muda dari Erra. takpe lah...its okeyyy 
|
|
|
|
|
|
|
|
jadik lerr nokkk,, nk buat peneman di kala tua nanti .. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni erra jangan nakal2 lagi dah |
|
|
|
|
|
|
|
amboi kerap plak cite psl mr damai ni
kami tunggu jmptn ns minyak jeee |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat berjodohan. Dua2 pun tiada berpunya. Ada lah peneman grow grey and old together.
BTW, gambar atas tu kenapa Mister E nampak mcm pengkid   |
|
|
|
|
|
|
|
kawin pun xde masalah masing2 bujang.,jgn caras suami ke bini bff pastu nak jadi no syatu walaupun penyondol…memang kena cerca!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah....... aku pun nampak yang sama. Gambar atas memang nampak nonoks angat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Punyala teruk filter sampai muka laki tu nampak mcm budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dani-rox at 24-3-2025 10:05 AM
tak bercinta katanya, abis tu ko ajak kawan jantan/pompuan jumpa dgn anak suka2 je la? dah umur 40an-50an pun acah2 masih ada banyak masa di donia nan fana ini  |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 23-3-2025 09:15 PM
Semoga cepat berjodohan. Dua2 pun tiada berpunya. Ada lah peneman grow grey and old together.
BTW, g ...
Aku pon baru nk tulih menda yg sama  |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa. Dlm gambar nmpak tu erra mcm bergambar dgn pengkid? Terlebih filter ke apa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|