View: 763|Reply: 8
|
Dua produksi culas bayar artis, kru disekat tayangan
[Copy link]
|
|
AMPANG: Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat produksi yang culas membuat pembayaran kepada pelakon dan kru produksi.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini, pihaknya sudah menyekat tayangan dua filem tempatan yang terkait dengan isu pembayaran gaji.
"Kita dapati ada sekurang-kurangnya dua filem, saya tak akan namakan filem-filem ini, tapi mereka tahu siapa mereka.
"Dua filem yang didapati tidak membayar kru walaupun penerbit sudah menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK), jadi sudah siap dibayar tetapi pekerja tidak menerima bayaran gaji," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Seniman 2025 di Hotel Grand Barakah, di sini, hari ini.
Fahmi berkata, pihak produksi perlu melunaskan bayaran tertunggak terlebih dahulu sekiranya mahu karya ditayangkan.
"Kita maklumkan kepada mereka, langsaikan hutang dan lunaskan bayaran. Kemudiannya, barulah akan benarkan mereka memohon, terutama dalam skim wajib tayang," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi sudah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk meneliti syarat permohonan dana dan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) berhubung isu berkenaan.
Fahmi hadir merasmikan sambutan Hari Seniman 2025 bertemakan 'Seni Merentasi Budaya dan Generasi' anjuran FINAS, hari ini.
Hari Seniman disambut pada 22 Mac setiap tahun bertujuan menghargai dan menghormati jasa dan sumbangan penggiat industri seni.
Seramai 20 penggiat industri juga menerima sumbangan wang tunai untuk persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak payah bagi la dana creative content ni...
box office mcm mat kilau tu sampai 100 juta bukan bg balik pun ke gov... siap tak letak kredit finas lagi... yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
really? huh...shilakak...
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 22-3-2025 08:18 AM
tak payah bagi la dana creative content ni...
box office mcm mat kilau tu sampai 100 juta bukan bg b ...
Setuju tanpa bantahan. |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 22-3-2025 04:18 PM
tak payah bagi la dana creative content ni...
box office mcm mat kilau tu sampai 100 juta bukan bg b ...
Ye ke? Celakanya perangai. Nasib aku tak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
tp sure produser ka pelakon ka kru ada yg bayaq incometax kan?? tuh pun sumber gomen jgk blum tax dari panggung wayang segala
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bagi, industry player merentan kata government tak support creative industry
Tapi bila dah bagi, begitulah jadinya
Atau buat filem sambil lewa macam guna duit sendiri
Sakit hati kalau dengar cerita berkaitan DKD ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 22-3-2025 04:18 PM
tak payah bagi la dana creative content ni...
box office mcm mat kilau tu sampai 100 juta bukan bg b ...
Sbb mmg duit kene salur n sapa yg terlibat mmg untung buat mcm celaka pun dpt fund n no need return duit sapa diot ko aku dan dia |
|
|
|
|
|
|
|
good point. but yang rugi tetaplah rakyat jelata sebab duit dana tu duit rakyat lepastu yang pegi beli tiket wayang yang membayar duti/tax hiburan pun tetaplah rakyat jelata jua... maaf cakap la kalau bagi dana sejuta, sampai ke bawah kos sebenar maybe tinggal 500k jah... kualiti poster pun level2 intern yg buatkan lepastu quote harga rm50k... yihhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|