CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 6

Mak Engku rindu nak sujud di atas sejadah

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:52 PM | Show all posts |Read mode


KU Faridah, sepotong nama yang tidak asing dalam dunia sinema tanah air. Sebut sahaja nama dramatis veteran ini, sudah terbayang watak-watak antagonis ibu mentua zalim, nenek kejam atau yang tersakiti lakonannya selama ini.

Namun, tiada siapa yang boleh menidakkan takdir Tuhan. Wanita yang mesra disapa sebagai Mak Engku itu sudah tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri buat ketika ini selepas mengalami patah tulang leher akibat terjatuh dalam bilik air sekitar November tahun lalu.

Insiden tersebut memaksa Mak Engku, 72, melupakan seketika segala mata pencariannya sebagai pelakon yang sudah dilakukan sejak tiga dekad lalu.

Masakan tidak, sejak kejadian malang tersebut, dia masih belum mampu sepenuhnya menguruskan diri sendiri dan memerlukan bantuan individu lain iaitu anak-anak dalam rutin harian.

Tulang lehernya masih belum pulih sepenuhnya dan dia memerlukan bantuan seperti dipapah untuk berjalan.

“Tulang leher yang patah tempoh hari belum pulih sepenuhnya dan memerlukan saya menerima rawatan fisioterapi.

“Buat masa sekarang ini, alhamdulilah saya sudah mampu berjalan sendiri perlahan-lahan dengan bantuan tongkat namun untuk jarak yang dekat sahaja,” katanya kepada HibGlam.

SAYU memikirkan kondisi kesihatan yang masih belum sembuh sepenuhnya, paling dirindui Mak Engku ketika ini adalah dapat menunaikan solat seperti biasa tanpa perlu duduk di atas kerusi.
Menceritakan kronologi kejadian terjatuh sewaktu hendak ke tandas rumah, berlaku hentakan yang berlaku sangat kuat di lehernya.

“Saya jatuh tergelincir kerana lantai licin. Berlaku hentakan kuat pada bahagian belakang sebelum badan terhempas ke lantai, kemudian saya jerit minta tolong pada anak.

“Nasib baik tidak pengsan, kalau tidak memang lebih teruk,” ujarnya.

Reda dengan ketentuan Tuhan, doa untuk sembuh dan mahu kembali aktif dalam dunia lakonan menjadi ‘zikir’ hariannya ketika ini.

Baginya, kesakitan yang dilaluinya adalah ujian yang hadir bagi mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT.

“Penyakit yang saya hidapi juga banyak. Kalau nak cerita, saya ada sakit buah pinggang, kencing manis, jantung dan tiroid. Bukan setakat yang jatuh sahaja.

“Saya reda, tak boleh bersangka buruk kepada Allah walaupun ini sudah kali ketiga saya terjatuh.

“Bila ada ustaz datang melawat, saya beritahu hati sentiasa tenang dan terima ujian ini. Mungkin Allah nak uji dan mahu angkat darjat saya,” ungkap pelakon drama Teduhan Kasih sayu.


MAHU kembali siohat dan berlakon macam biasa, Mak Engku bukan terdesak mencari wang mengisi perut, namun didorong kerinduan kerana itulah rutin hidupnya sejak puluhan tahun lalu.
Sujud

Sepanjang perkongsian tentang kondisi kesihatan, beberapa kali air matanya tumpah, terutama ketika menzahirkan keinginan kembali mampu bersujud ketika solat.

“Kalau solat secara normal dan duduk di lantai, memang sukar untuk berdiri sendiri, memang perlukan bantuan untuk berdiri.

“Rasa tak puas solat dalam keadaan duduk sebab tidak mampu sujud.

“Kalau saya boleh sujud di atas sejadah dan mampu solat macam dahulu, memang akan buat kenduri kesyukuran. Sujud di atas sejadah, itu yang paling dirindui.

“Apa pun, saya tetap bersyukur masih boleh tunaikan solat walaupun menggunakan kerusi cuma sudah lama tak mampu untuk sujud macam biasa,” ujarnya sebak.

Bukan sahaja sujud, ibu kepada lima orang anak itu juga memasang hasrat mahu kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah sekiranya keadaan kesihatan kembali pulih kelak.

“Kalau saya sembuh satu hari nanti, memang teringin sangat nak ke Tanah Suci tunaikan ibadah umrah tetapi ditemani anak-anak.

“Saya nak bawa anak-anak dengan rezeki sendiri. Mampu ke sana adalah satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata,” tuturnya.


MAK ENGKU paling rindu hendak mengerjakan solat seperti biasa, tidak perlu lagi duduk di atas kerusi.

Meski keadaan kesihatan masih belum pulih sepenuhnya, dia terharu apabila beberapa rumah produksi tetap menghulurkan tawaran lakonan.

“Datuk Fizz Fairuz pun ada tanya khabar nak tawarkan kerja dan watak tidak melibatkan pergerakan fizikal, hanya baring sahaja.

“Memikirkan keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya, saya tolak sebab tak mahu menyusahkan produksi.

“Insya-Allah kalau sudah sihat, saya sendiri akan hubungi mereka untuk terima tawaran kerja,” kongsinya.

Dalam masa sama, bintang filem KL Gangster itu terharu dengan sokongan ramai rakan selebriti kerana tidak pernah berhenti bertanya khabar sehingga hari ini.

“Memang terharu sangat melihat sokongan rakan selebriti yang ramai datang menziarah dan bertanya khabar. Ustaz Ebit Lew pun ada datang ke rumah.

“Paling saya sebak apabila ramai artis yang sudah saya anggap macam anak sendiri seperti Didie Alias dan Zamarul Hisham suap saya makan ketika di hospital baru-baru ini,” jelasnya lagi.

Tidak mengharap bantuan orang (kewangan), Mak Engku hanya meminta orang ramai terus mendoakan kesihatannya dan berpeluang untuk kembali beraksi di pentas lakonan.

“Sejujurnya memang rindu nak berlakon, bukan sebab duit tetapi itu sudah menjadi rutih hidup sejak berpuluh tahun dahulu.

“Sedih juga pada bulan Ramadan tahun ini tak dapat hadir majlis buka puasa, harap cepat sembuh dan dapat bertemu dengan rakan-rakan artis lain.

“Doakan saya terus kuat dan sihat seperti sebelum ini,” tuturnya mengakhiri perbualan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 11:52 AM | Show all posts
semoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 04:00 PM | Show all posts
Moga mak engku cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:50 AM | Show all posts
semoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 02:15 PM | Show all posts
Ya Allah ko berikan la kesembuhan dgn cpt pada Mak Engku.. amin yra..
aku suka Mak Engku berlakon.. mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina: Ya Allah ko berikan la kesembu ...
Aaminn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2025 04:43 PM | Show all posts

Ya Allah ko berikan la kesembuhan dgn cpt pada Mak Engku.. amin yra..
Mak Engku ni pandai berlakon....

jadi jahat boleh..jadi sedih boleh...jadi makcik kepoci boleh...
bg watak apa pun onnnzz...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045399 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list