CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2367|Reply: 54

Fazley Yaakob asyik digoda sejak menduda, wanita umur 67 tahun siap hantar gambar pakaian dalam

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:18 PM | Show all posts |Read mode


Sejak bergelar duda, penyanyi yang juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui didekati golongan wanita pelbagai peringkat usia yang mahu menjalin hubungan istimewa dengannya.

Fazley, 45, berkata, perkara tersebut semakin rancak berlaku selepas dia sah bercerai pada pada Oktober tahun lalu.

“Sebenarnya, dahulu anak-anak selalu tolong pantau akaun Instagram tetapi sejak bergelar duda, konten dihantar netizen wanita buat saya lebih berhati-hati.

“Saya tak ‘block’, setakat mereka hantar gambar tak senonoh pun biarkan sahaja cuma sekarang tidak benarkan anak-anak lakukannya lagi.

“Ada wanita berusia 67 tahun kirim foto pakaian dalam yang dipakainya. Kemudian saya tanya untuk apa dan dia jawab memang nak hantar kepada saya.

  


“Saya anggap semua itu hiburan sebelum tidur dan jarang sekat akaun orang,” katanya dalam satu sesi pertemuan bersama Kosmo! Online.

Melihat situasi sebegitu, pelantun Asmara Ini menyifatkan golongan wanita zaman sekarang semakin berani menyuarakan hasrat dan memulakan langkah pertama.

“Perempuan sekarang semakin berani. Ada juga wanita muda yang buka tingkap kereta dan jerit sebelum minta saya imbas Quick Response (QR Code) WhatsApp. Itu saya terkejut sebab tak pernah melalui situasi sebegitu.

“Kemudian sekarang kalau pergi bazar memang ramai beri makanan percuma sambil promosi diri mereka masih solo dan ingin jadi teman istimewa saya.

“Ada juga yang berani tegur saya depan anak-anak dan tawarkan diri mahu jadi isteri saya.

“Saya terhibur lebih-lebih lagi yang hantar ‘pickup line’ untuk mengurat seperti tanya saiz baju. Baju abang saiz apa? Sebab saya nak hantar baju nikah kita'” ujarnya.

  


Mengulas apabila ada pihak meletakkannya dalam kelompok duda ‘hot’ bersama beberapa selebriti lelaki lain, pelantun lagu Asmara Ini itu mengakui segan dengan gelaran tersebut.

“Sebenarnya saya segan dilabel sebegitu. Penerimaan orang sejak saya bergelar duda pun berlainan sehinggakan rasa nak pakai pelitup muka sebab bila keluar ke tempat awam.

“Mereka melihat saya bukan lagi seperti seorang artis tetapi produk yang mereka mahu cuba jual beli,” jelasnya.

Selain gelaran duda ‘hot’, dia juga dilabel seksi disebabkan gaya pemakaian setiap kali berada di gimnasium.

“Bagi saya itu kelakar, memang saya pergi gim atau main badminton memakai seluar pendek.

“Sekarang baru orang perasan dan tegur kulit cerah serta nampak bahagian paha sedangkan perkara sama sudah saya kongsi sejak setahun lalu.

“Kita tak boleh menidakkan kalau orang menilai. Kalau orang puji, anggap satu rezeki, jika keji, lihat sebagai peringatan,” tuturnya.

“Reaksi anak-anak hanya tergelak sebab sudah biasa tetapi itu belum lagi situasi mereka turut dipinang.

“Ada yang mahu ‘booking’ anak-anak saya sebagai menantu mereka selepas itu ‘kita’,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazley dan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz mendirikan rumah tangga pada 2006 sebelum berpisah pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan perpisahan tersebut berlaku atas persetujuan bersama dan hubungan mereka sehingga kini masih baik.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8 tahun.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg!!!!.

67 tahun?.
Siannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
CHOIIIIIII!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi! Tak baik engko pitenah warga emas yang dah pencen.

Entah2 tu gayah bottom rupa macam undertaker yang PM hantar gambar.

Tengok rhoper ko pun acik2 tak selera nok... Muka meminta kalih ke channel animal planet.. lagi berair tengok rusa lompat2 seberang sungai nile...

Berani kau pakai lens ya walaupun muka macam anjing laut
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Uwekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya fazley. Warga emas aje yg nak kat kau ze
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli lah nak goda dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yiihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-3-2025 02:07 PM
Choi! Tak baik engko pitenah warga emas yang dah pencen.

Entah2 tu gayah bottom rupa macam undertak ...



miss u kak dud
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 22-3-2025 02:33 PM
Geli lah nak goda dia ni

I syak tatin cujie pinky yg goda
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-3-2025 02:07 PM
Choi! Tak baik engko pitenah warga emas yang dah pencen.

Entah2 tu gayah bottom rupa macam undertak ...


Wkakakakaka.. Wei Chuols ni cerita dah mega lawak. Terbayang guwe hasil sinopsis U komen.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 03:46 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 22-3-2025 02:07 PM
Choi! Tak baik engko pitenah warga emas yang dah pencen.

Entah2 tu gayah bottom rupa macam undertak ...

kesian...tarak acik2 muda yang inginkan dia.  



Tengok ini...bersinar mata masing tengok duda hotz malaya





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:02 PM | Show all posts
Sesungguhnye aku tgh puasa ni.
Hati dah mecarut sikit2 dah khas buat heshe yang tersenyum senget ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je nk yg ensem kan?


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak percaya langsung
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 yang 67 tahun tu je yang real...
Yang lain2 tu dalam khayalan sajaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosmah Mansor tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:25 PM | Show all posts
sesungguhnya iols berpuasa harini
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yang goda dia ni??? Buta ke???
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang percaya ke cakap dia ni? I penah jumpa dia masa zaman dia bujang & iols pun student uni lagi masa tu..tak rasa nak tegur pun..dia dok renung2 iols dgn muka poyo..ingat i nak gi tegur dia kot..koserrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069760 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list