CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1401|Reply: 22

Ada SPM je, Zarif Ghazzi nak sambung belajar

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:00 PM | Show all posts |Read mode


Memulakan kerjaya seni di usia muda, pelakon Zarif Ghazzi bagaimanapun tidak pernah menghapuskan impian untuk menyambung pengajian peringkat universiti selepas tamat persekolahan.

Meskipun minat mendalam terhadap dunia lakonan sejak kecil, Zarif, 21, berpandangan bidang akademi juga tidak seharusnya diabaikan.

"Dulu saya fikir kenapa perlu sambung belajar kalau boleh buat apa yang kita suka. Sebenarnya itu salah. Ilmu tidak akan pernah habis dan penting untuk kita pelajari sampai bila-bila.

"Saya memang ada perancangan untuk sambung belajar. Paling tidak saya berjaya peroleh diploma atau ijazah. Tak mahu hanya sekadar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sahaja," katanya kepada mStar.

  


Bercerita kembali ketika dia mula aktif berlakon pada usia 20 tahun, Zarif memberitahu dia sanggup berjauhan dengan keluarga di Johor dan datang ke Kuala Lumpur mencari pengalaman baharu.

Malah ibu bapanya juga tidak pernah menghalang impiannya menjadi seorang anak seni.

"Sejak kecil orang sudah tahu saya minat berlakon. Jika ditanya di sekolah pun saya akan jawab mahu jadi pelakon.

"Ibu bapa izinkan saya untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni. Bagi mereka jika ini yang dimahukan saya harus buat dengan bersungguh-sungguh. Mereka beri peluang untuk saya mencuba.

"Selepas tamat SPM saya bekerja untuk kumpul duit. Selepas itu terus ke KL dan mula hadiri pelbagai sesi uji bakat," ceritanya.

  


Merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang komunikasi, Zarif berkata ia sama sekali tidak mengganggu perjalanan seninya sebagai pelakon.

"Mungkin saya boleh ambil pengajian separuh masa atau secara atas talian. Jadi rasanya tidak akan ganggu jadual kerja.

"Sebelum ini melihat rakan-rakan menyambung pengajian ada juga rasa cemburu. Sebab itu juga saya mahu sambung belajar," ujarnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan impian dik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:06 PM | Show all posts
Sapekah inneh?
Ade kaitan dengan Sean Ghazi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dik.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la dik
Sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 12:21 AM | Show all posts
walaupun kau tidak ku kenal
teruskan lah impian tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah dik.
Tengok macam Tomok tu, rajin dia sambung belajar, nak jadi contoh untuk anak2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bdk ni yg pegang watak doktor gay top dlm Seribu Tahun Lagi kat Astrok kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Die ni ke yg berlakon kt drama TV3 tadi
Bwk wtk bdk tahfiz yg grad dan kena scam
Herlok die dlm drama tu Bila pakai lebai pakai baju melayu

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ya ke yg berlakon tadi dgn trish oi....herlok jugak.muka nampak baikk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 02:21 AM | Show all posts
Helok dia ni. Ada vibe Gambit
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
elok la at least ada niat nak sambung blajar..ko berlakon pun tak kayu…muka pun helok
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal tp bagus dik nak sambung belajar. Pendidikan tu penting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dia anak angkat dlm cerita khunsa tu….sore deep kau….hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan adik syafiq kyle. Pandai dia berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tu dik. Umur muda sgt lg ni. Dia dah mula di kenali menerusi drama khunsa n seribu tahun yg jd gay tu. Muka ala2 Syafiq kyle. Boleh naik ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan anak makcik petir ke.... Ke ada talian saudara jugak.... Macam nampak gambar arwah kat ig dia masa drama khunsa last year
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 07:44 AM | Show all posts
lahhh muda lagi ko ni dik..
tp tak pe, cmpny radiusone manjang amek ko berlakon. ada lah source of income, so bleh sambung belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:20 AM | Show all posts
bagus teruskan niat dik
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 08:23 AM | Show all posts
sambung belajar. kuatkan semangat sementara ada kudrat, ada duit poket. masa berlalu sangat cepat. alih2 je kang kau dah 30 tahun, berlakon pun suam kuku tak penah dapat leading role.  

tengok dia berlakon jadik lebai semalam terasa macam penah tengok je.. padan la....vibe capik kyle sgt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-5-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.097439 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list