View: 1174|Reply: 19
|
'Baju sopan, tiada wanita berkemban', Douglas Lim disaran jadi duta perpaduan gara-gara lagu raya
[Copy link]
|
|
PEMBIKINAN lagu khusus menjelang Hari Raya Aidilfitri kini menjadi perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Jika sebelum ini, terdapat segelintir selebriti dan penyanyi tanah air yang mencipta kontroversi kerana ciptaan lagu raya yang dikatakan tidak sensitif dan mencemarkan bulan Ramadan.
Namun, rakyat Malaysia kini nampaknya kembali teruja selepas mendengar lagu raya baharu yang dinyanyikan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Douglas Lim baru-baru ini.
Lagu berjudul Aidilfitri di Malaysia itu juga menerima lebih 100,000 tontonan di YouTube.
Malah, lagu yang menceritakan tentang keharmonian pelbagai kaum di Malaysia menyambut raya itu turut menerima pujian rata-rata warga maya yang menontonnya.
Ramai yang berpandangan bahawa ia memberi nafas baharu sebenar kepada para pendengar selain tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara ini.
"Terima kasih Douglas, Kreatif betul boleh campur semua rentak lagu. Baju sopan, tiada perempuan berkemban. Sangat harmoni.
"Semoga negara kita kekal aman damai walaupun kita berlainan bangsa, agama dan budaya," komen PrettyUgly Hensem.
"Muzik dia harmoni, Kita dengar rasa gembira. Tambah lirik pun seronok. Terbaik Douglas dan pasukan.
"Ini baru lagu raya baharu yang 'diberi nafas baharu'," tambah Qider Firdaus.
Ada juga yang menyarankan agar Douglas dijadikan sebagai ikon perpaduan di Malaysia.
"Patut artis macam awak ni jadi duta perpaduan dalam Malaysia," saran Faizal Bin Hussin. — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Best lah lagu ni. Tengok dan dengar lirik sampai habis. |
|
|
|
|
|
|
|
Terhibur dengan lagu raya dia.. good job
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Momohizan at 22-3-2025 06:18 PM
Lagi raya tahun ni I suka lagu dia ni. Iklan raya tahun ni I suka iklan raya SIRIM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain serumpun. Lagu douglas ni pon sedap gak. Kelako |
|
|
|
|
|
|
|
Tibaaaahhhh. Yang melayu buat macam2 perpaduan taknak pula kau angkat jadi dutaaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nsagb at 22-3-2025 08:26 PM
Yes diakui mmg best lagu bang douglas n frenzz ada vibes music lama, lirik pun simple sng igt iollss likesss tapi tetapp x boleh lawan lagu raya evergreen.
tang part perpaduan ok la diorg nk buat lirik pasal apa lagi untuk raya melayu huhu |
|
|
|
|
|
|
|
kakakpositifker replied at 22-3-2025 08:10 PM
Tibaaaahhhh. Yang melayu buat macam2 perpaduan taknak pula kau angkat jadi dutaaaa.
Kannnn
Kalau yg ni dan2 nak diangkat bagai |
|
|
|
|
|
|
|
contoh lagu and mv berkualiti and ada value. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap juga lagu dia ni...terhibur iols. |
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 22-3-2025 08:15 PM
Kannnn
Kalau yg ni dan2 nak diangkat bagai
Jenis terhegeh2 dorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 22-3-2025 08:15 PM
Kannnn
Kalau yg ni dan2 nak diangkat bagai
Agree.. lagu best n santai, mcm take a break dari lagu2 pecah tekak yg jenis masuk AJL.
Tapiiiiiiii, x yah la sampai jd duta perpaduan. Byk lg org yg x dikenali lg jujur bab perpaduan. Sesetgh org yg dikenali ni hmmmm....byk motif sgt di sebalik content dia. Key word :pluralism |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah douglas lim n team!
Lagu bestttttt
Y x boleh menahan tu ada part last “habis indonesia?” Hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah minat aku dgn dogless nih. Dlm diam2 kuat menganjing Melayu. Tu pun ada yg minat, sokong. High class kata nyeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling ingat part 'selamat hari raya dari kami yg tak puasa'   |
|
|
|
|
|
|
|
OK baru tgk. Lirik best, catchy, kelakar.
Walau video kos rendah, layan tgk Douglas and anney tu menyanyi, message pun sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
My fav lagu raya tahun ni..lirik simple & lucu, melodi catchy..sekali dengar dah terus masuk dalam kepala |
|
|
|
|
|
|
|
takyah terasa sangat dia menganjing melayu ke hapa..kalau dah perbuatan melayu tu salah, memang pedih la kena nganjing.. dalam lagu CNY pun dia menganjing org cina..anyway, lagi dia mmg best. |
|
|
|
|
|
|
|
takyah terasa sangat dia menganjing melayu ke hapa..kalau dah perbuatan melayu tu salah, memang pedih la kena nganjing.. dalam lagu CNY pun dia menganjing org cina..anyway, lagi dia mmg best. |
|
|
|
|
|
|
| |
|