CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tatod

[Tempatan] Ramai pengasas produk, pempengaruh di Kelantan terbabit pengedaran dadah, cuci duit - Polis

[Copy link]
Post time 23-3-2025 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 21-3-2025 11:40 PM
akhirnya ape yg acik porem sekian lama suspek disahkan jugak polis. selain sek kito mandi lanje yg s ...

yang nama farahwen tu ka? meolls lupa nama ig dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
che_yatt replied at 23-3-2025 08:43 AM
yang nama farahwen tu ka? meolls lupa nama ig dia

aah farah binti tan sri mat jusoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 23-3-2025 08:10 AM
kalau dah terbiasa makan duit haram, mungkin bagi dorang rasa biasa je nyahh

Cuci2 ni duit dari tokan dadah ke ek? Ke dari siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 23-3-2025 12:47 AM
Mmg pun blh agak tok laki dia pun mesti lebat keja ong kat doha. Tapikan dorg ni sendiri adik bera ...

Ehh sorry, i jarang guna forum dah.. selalu nak tekan reply tertekan report. I follow family ni dari time syima eima kakak dorang lagi dari tahun 2013 ke 2014 tah. Time tu syima ni lawa dooh. Tak pernah nampak org muka cam dia. Start dari situ lah. I tahu syima ni banyak buat bisnes. Cam lofa, segala benda yg boleh dia buat duit, dia jual. Tu tetiba i kenal adik dia sheilanan dgn eynanan ni. Sheila ni pon banyak buka cafe, jual macam². Yg eyna iolss follow dari zaman dia sekolah. Memang lama dgn ex tunang dia tu. Memang time tu grand lah majlis tunang dia. Ehh sekali putus tunang. Tak lama tu kahwin dgn husb dia yg skrg. Dalam banyak² eyna ni bisnes dia tak berapa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 21-3-2025 04:46 PM
Nak tanya yg founder adik beradik perempuan 5 org tu yg tiba2 jadi mcm kaya raya keta mewah sorg seb ...

Yg ni bapak dia memang kaya, main saham & lepas kahwin dgn mak diaorg ni. Ex wife bapaknya bff mak iols & bapaknya dulu orang kampung biasa je. Lepas cerai kawen dgn mak diaorg ni. Then masing2 kawenkan anak masing2 from first marriage sbb taknak bagi harta keluar. Kat kg dah lama org kenal family ni, even before socmed wujud & anak2 jadi influencer.

Kaya diaorg boleh diragui jgk la sbbnya kawasan rumah diaorg tu kawasan panas. Jiran diaorg ketua segala ketua beli cash kereta sport (sebelum tahun 2000) ya so mmg kira kaya gila2 lah. Siap kena tembak depan rumah lagi lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 01:41 PM | Show all posts
Suchi replied at 23-3-2025 06:40 AM
Haahhh akhirnyaa
Ni open secret yg dh lama acik2 porem tahu
Sapa yg percaya jual produk timbang kilo ...

same gak ngan retis2 yg jual produk timbang kilo pastu claimed business dorg untung puluh2 juta.. sumpah aku x caye dorg punyer profit tu hasil jualan produk dorg

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2025 02:03 PM | Show all posts
loan maaa .. sekarang zaman cantikkan bank account utk buat loan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kilometrico lg laaaa nampak gentel2 je...egoraa tetek pengotor tu pn saspek gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-3-2025 12:55 PM
Yg ni bapak dia memang kaya, main saham & lepas kahwin dgn mak diaorg ni. Ex wife bapaknya bff mak ...

Alhamdulillah.. hasilnya kena tembak eh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 23-3-2025 02:04 PM
kilometrico lg laaaa nampak gentel2 je...egoraa tetek pengotor tu pn saspek gak

Kkm jamu dia tu laku gak u...si ekora tu produknya mmg x laku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 23-3-2025 08:24 AM
5 beradik mana ni eh? aku tak boleh recall atau mmg tak penah nampak. kebanyakan yg terlibat duit  ...

Pekerjaan warisan turun temurun katanya. Kau apa taww...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh...jijik..sejijik iblis....manusia2 jahat
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 23-3-2025 09:02 PM
Pekerjaan warisan turun temurun katanya. Kau apa taww...





RANTAU PANJANG - Sungai Golok yang menjadi pemisah antara sempadan Malaysia-Thailand di negeri Kelantan yang bermula dari Jeli sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan lokasi 'panas' berkait dengan aktiviti penyeludupan.

Ini bukan perkara baharu, malah aktiviti itu sudah menjadi darah daging dalam kalangan penduduk sejak puluhan tahun lagi.

Sehingga kini aktiviti itu masih bertahan, malah ada dalam kalangan penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai lubuk rezeki bagi menyara keluarga selain meneruskan kelangsungan hidup.

Hanya memunggah barangan seludup dari pangkalan haram ke destinasi yang telah ditetapkan oleh tauke, individu terlibat akan menerima upah tunai sebaik sahaja kerja tersebut berjaya disempurnakan.

Kadar upah yang bermula puluhan ringgit hingga ribuan ringgit untuk setiap kali penghantaran barangan seludup membuatkan ada dalam kalangan penduduk di sempadan sanggup mengambil risiko dengan menjadikan aktiviti itu sebagai mata pencarian utama bagi menyara diri atau keluarga.

Pihak berkuasa bersama barangan seludup yang berjaya dirampas di pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang.
Pihak berkuasa bersama barangan seludup yang berjaya dirampas di pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang.

Difahamkan ada dalam kalangan penyeludup mampu meraih upah antara RM2,000 hingga RM3,000 hasil aktiviti berkenaan.

Masuk sahaja bulan Ramadan, individu terlibat mampu meraih pendapatan sehingga RM5,000 dengan hanya membawa barangan seludup.

Faktor bentuk muka bumi kawasan Sungai Golok yang beralun serta luas dianggarkan sejauh 20 meter tanpa sebarang binaan tembok kekal menjadikan sempadan Malaysia-Thailand dilihat sentiasa terbuka untuk aktiviti berkenaan.

Kawasan sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan.

Antara barangan yang sering diseludup ialah beras, pakaian, daging sejuk beku, kosmetik dan banyak lagi.

Selain itu dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut menjadi pilihan sesetengah penyeludup.

Mengikut maklumat daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melaksanakan pengawasan menerusi Op Wawasan Kelantan, terdapat kira-kira 128 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pos Ibrahim Pencen di Rantau Panjang sehingga Pos Tanjong, Pengkalan Kubor, Tumpat.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi mendedahkan kebiasaan kadar upah bergantung kepada muatan yang dibawa oleh penyeludup.

Menurutnya, maklumat itu hasil soal siasat dilakukan pihaknya ke atas suspek yang berjaya diberkas menerusi penugasan Op Wawasan.

"Sebagai contoh pendatang asing tanpa izin (PATI). Jika kawasan itu dekat, penyeludup akan menerima upah RM200 untuk setiap seorang PATI yang dibawa.

"Jika jarak lebih jauh mungkin bayaran lebih lumayan, sebagai contoh jika ke Kuala Lumpur boleh mencecah RM800 setiap orang," katanya.

Tambahnya, aspek kemahiran berkait dengan satu-satu lokasi dan kawasan serta pengalaman turut menjadi penanda aras dalam menentukan kadar upah.

Beliau berkata, selain PATI ada juga penyeludup sanggup mengambil risiko dengan membawa dadah demi mendapatkan upah lebih lumayan.

Katanya, kebanyakan mereka yang terlibat dengan aktiviti jenayah rentas sempadan ini berpunca daripada sikap sendiri yang mahu mendapat keuntungan lumayan.

"Bagi mengelakkan dicekup anggota penguat kuasa, kumpulan penyeludup turut bertindak bijak dengan sentiasa menukar strategi.

"Antaranya memunggah dalam kuantiti yang kecil, menggunakan kenderaan mewah, persendirian dan menjalankan kegiatan itu pada awal pagi, lewat petang serta tengah malam," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jual beger pon boley..!



Kota Bharu: Rahsia seorang pemuda yang hanya menjual burger, tetapi hidup mewah terbongkar apabila dia sebenarnya pengedar pil kuda.

Pemuda berusia 22 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 21 tahun dan sepasang lagi suami isteri berusia 23 dan 25 tahun dipercayai saudaranya dalam serbuan oleh Pasukan Khas Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat, Rabu lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, hasil serbuan itu, sebungkus kertas mengandungi 1,000 biji pil kuda yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Kancil dipercayai milik salah seorang pasangan berkenaan ditemui.

“Pemeriksaan lanjut menemui wang tunai sebanyak RM84,557 selain sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dianggarkan bernilai RM12,000 turut dirampas.

“Ketika serbuan itu, seorang daripada suspek cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan di kawasan rumah berkenaan. Dia (salah seorang yang ditahan) hanya jual burger, tetapi banyak wang dan itu yang kita pelik,” katanya pada sidang media di IPK Kelantan, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan mendapati penjual burger itu aktif mengedar pil kuda sejak enam bulan lalu di daerah ini dan tidak menolak kemungkinan mempunyai pelanggan tetap.

Katanya, kedua-dua pasangan suami isteri itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, dalam dua operasi berasingan yang berakhir kelmarin di Jalan Pintu Pong dan Kampung Cherang, di sini, Mazlan berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun.

“Seorang daripada mereka bekerja sebagai buruh berusia 20 tahun ditahan bersama satu paket plastik dipercayai mengandungi 200 biji pil kuda bernilai RM5,000 di depan sebuah rumah di Jalan Pintu Pong.

“Kita menemui dadah itu dalam poket seluarnya dan suspek disiasat mengikut Seksyen 39 (A) (1) ADB,” katanya.

Menurutnya, soal siasat lanjut terhadap suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 19 tahun ditahan dan sejumlah 600 biji pil kuda bernilai RM14,850 yang diletakkan dalam raga motosikalnya dirampas.

Katanya, suspek berasal dari Tawang, Bachok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jumlah keseluruhan rampasan dalam operasi selama empat hari itu adalah RM116,407 membabitkan dadah jenis pil kuda, kenderaan dan wang tunai.

“Dengan tertangkapnya semua suspek, kita percaya dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah dan kini giat mengesan saki baki anggota yang terbabit dalam pengedaran di daerah ini, Tumpat, Pasir Mas dan Bachok,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kecik2 dah belajar cari duit haram


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tuu.... inline and parallel within 'Membangun Bersama Isele'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kan dah banyak kali disebut dalam porum ni...

tengok geng2 tino terutamanya SSKJP pounder produk sampah, makeup skincare tak pernah dengar tapi untung sokmo sampai rumah banglo, kereta vellfire..tok laki pun 2x5 tak tahu kijo gapo..tapi bz sokmo duit banyak...

hok tino gocoh sokmo ngn tok laki, pah cerai lepas 1 2 tahun kawen mula..muka tepek makeup tebak 2 3 inci, dada membonjol.sbb pakai baju ketat...sbb tu laku laki SSKJP berebut nak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tadi baru terlalu kt ig, tino acah2 urban tunjuk conversation laki mana ntah nak try..pastu sebut laki xde class la, muka nerd la..konon2 taste dia mat salleh..mmg tino rambut karat, muka tenyeh makeup..

masalahnya duk bual sambil2 selit speaking bahasa inggeris tu, boleh dengar slang klate..

marah dia orang komen cakap bau budu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 23-3-2025 06:50 PM
Kkm jamu dia tu laku gak u...si ekora tu produknya mmg x laku..

Tapi dia punya berlagak produk dia sold out sokmo wehh. Berkajang2 resit dia. Parcel nak pos bertimbun2. Aku selalu ragu2 dgn ekora tu. Tgk kat TikTok xdelah ribu ribuan sgt..ratus2 jela. Tapi dia live sekali 500 produk confirm habis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow dahsyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062718 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list