Edited by pengecatbintang at 21-3-2025 04:40 PM
Bahana Skandal Tabung Haji zaman Najib-Azeez
24 Jan 2020
1. Hampir dua tahun telah berlalu sejak jatuhnya kerajaanKleptokrasi UMNO/BN.
2. Hampir RM17 biliontelah diperuntukkan oleh kerajaanPakatan Harapan untuk selamatkan dan modali semula TH.
3. Tetapi akibat pelanggaran Akta TH dan pengabaiantanggungjawab fidusiari oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanan dibawahtelunjuk Azeez, banyak masalah dan isu masih menghantui TH.
4. Akta dilanggaruntuk membayar kadar hibah yang tinggi demi undi dan puji-pujian walaupunhutang melebihi harta dengan sebanyak RM10 bilion.
5. Sekarang giliran Ladang TH pula. Kewangan danperniagaannya dalam keadaan tenat hingga terpaksa ditanggung oleh TH.
6. Bagi tahunKewangan 2018, kerugian berjumpah RM658 juta dan hutang RM1.4 bilion .
7. Antara sebabnyaialah kerana dipaksa beli tanah dan ladang dengan harga yang mahal di Sarawakdan Indonesia.
8. Sebahagian daripadanya belum ditanam dan didapati tidaksesuai untuk pertanian.
9. Laporan jenayah telah dibuat kepada pihak polis dan besarkemungkinan banyak lagi skandal akan didedahkan.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Kredit - A Kadir Jasin
|