CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3272|Reply: 31

[Jenayah] Ada Warna Keputihan, Kek Premium Hitam Didapati Berkulat!

[Copy link]
Post time 21-3-2025 08:19 AM | Show all posts |Read mode


Kek Premium Hitam yang dikeluarkan oleh influencer bernama Fendymojo menjadi bualan hangat baru-baru ini kerana penawaran harga yang terlalu mahal meskipun didakwa hanya menggunakan bahan dan bungkusan yang mampu milik.

Bagaimanapun, tular sebuah video ulasan oleh seorang wanita yang sedia memesan sekotak kek cokelat premium itu dan memberi pendapat sama ada ia sedap kena dengan harga atau pun gagal mencapai jangkaan orang ramai terhadap dakwaan “premium”nya.

Menerusi video tersebut, wanita ini telah membuat pesanan pada 16 Mac lalu dan menerima bungkusan pada beberapa selepas itu.

Selesai melerai bungkusan itu, dia langsung membuka penutup bekas kek cokelat premium itu dengan harapan ia akan kekal dalam keadaan baik kerana sangat meminati manisan tersebut.

Namun, dirinya dilanda kehampaan apabila mendapati sebahagian kecil kek tersebut sudah pun kelihatan ada warna keputihan atau dalam bahasa lain adalah kulat yang biasa hidup di dalam pastry ekoran beberapa faktor seperti penyimpanan yang tidak bagus dan terdedah kepada spora di sekeliling.

Bagaimanapun, wanita itu hanya membuang bahagian yang terkesan dan lanjut meneruskan agendanya untuk menikmati rasa sebenar kek coklat yang dihasilkan oleh influencer terbabit.

Kesimpulannya, dia agak kecewa dengan kualiti kek coklat premium itu yang datang dalam keadaan berkulat meskipun dirinya ada memesan kek coklat dari penjual lain yang jauh lebih murah dan masih dalam keadaan baik selepas tempoh yang lama.

Bercakap mengenai rasa pula, dia mendapati kek coklat itu pada dasarnya rasa biasa sahaja namun apa yang membuatkan ia menjadi sedap selepas ditambah dengan coklat ganache sebagai pelengkapnya.

Susulan penularan video ulasan tersebut, netizen langsung mempertikaikan kualiti kek coklat yang dihasilkan oleh influencer terbabit kerana gagal menepati terma premium yang sering diungkapkan apatah lagi bila harga yang dibayar juga mahal.

Bekas yang digunakan untuk meletakkan manisan juga menjadi persoalan kerana tidak menampilk ciri premium dan ia boleh didapati di kedai RM2 sahaja kalau diikutkan.

Dalam pada itu, netizen menitipkan pesanan kepada orang awam untuk tidak meniru tindakan wanita berkenaan memakan kek coklat yang berkulat itu kerana boleh memberi mudarat kepada badan.

Walaupun bahagian yang berkulat dibuang, akar kulat atau yang dikenali sebagai hyphae telah merebak ke dalam roti tersebut. ini bermakna bahagian yang tidak berkulat juga telah tercemar.

Ramai turut mengecam influencer terbabit yang masih menjual kek coklatnya itu pada harga yang terlalu mahal walhal di luar sana lebih banyak pilihan kek coklat yang jauh berkualiti ditawarkan pada harga mampu milik sekitar RM15 ke bawah dengan kuantiti yang serupa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2025 08:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2025 08:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:25 AM | Show all posts
mamat syq tu betul, selalu golongan b porty ni yg gila makan benda2 viral n follow instafemes, influence bodo ni...


Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:55 AM | Show all posts
apalah yg di hadap dengan makanan viral, kalau jns kek mcm ni manis diatak leh bawa bincang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pokok lbh suke kek cekelat yg x terlalu kering n x terlalu lembab....slalunyer kek cam nie bleh bertahan, x berkulat wpon dok luar fridge lbh krg 6-7 hari (trrmasuk hari kita buat kek tu..)

Kek coklat kena kurg manis barulah tak muak dimkn...

Lgpon, kek cokelat mengkalu manis sgt karang gula dia timbul plak, dah bercapuk beradun ngan warna cokelat...hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2025 09:13 AM | Show all posts
Beginilah review makanan yg ada makna.. ada nama siapa pengeluar, kalau bagus ckp bagus, klu tak sedap cakap tak sedap, klu berkulat cakap ada kulat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 09:33 AM | Show all posts
FOMO tiada dlm kamus hidup aku,


pernah org dok tanya bg salim tak g ke beratur kt kedai chef nasi arab amar tu..abg salim kena pakai moto Y baru up todate


errm bg salim biasa makan nasi arab kt bkt bintang hadarmot tu, jd takde la batak sgt nasi arab amar tu,

apa moto y? bg salim pakai honda futures helem boleh letak dlm seat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 09:36 AM | Show all posts
Menerusi video tersebut, wanita ini telah membuat pesanan pada 16 Mac lalu dan menerima bungkusan pada beberapa selepas itu.


Beberapa apekah?
Bulan?
Kek cenggini letak kt luar sehari pun dah bleh rosak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:25 AM | Show all posts
awal2 hr tu aku igt owner dia si bezza hitam premium tu.. rupanye org lain eh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:36 AM | Show all posts
selalu ayat "kau bukan target market dia" or "takda duit tak payah beli" kalau aku atau sesapa saja komen kata mahal kat tt...masalahnya yg kata camtu pun B40..entah2 golongan asnaf
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:45 AM | Show all posts
namemysoul replied at 21-3-2025 09:12 AM
Pokok lbh suke kek cekelat yg x terlalu kering n x terlalu lembab....slalunyer kek cam nie bleh bert ...

pokoknya apa soul?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:46 AM | Show all posts
cuba kaki riview buat riview plak dgn suara  bangsa melake yg terpekik pekik dan garau...dan makan dgn comotnya spt budak sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 12:20 PM | Show all posts
Sllnya yg tgk, viewer jenis midcome. Nak rasa, cuba beli. Nak support.
Bergantung sangat kat socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku, sama cam yg komen last tu. Klu dah berkulat, aku either mintak dia ganti dgn yg baru or refund je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 21-3-2025 11:45 AM
pokoknya apa soul?

Patutlah dolu2 semua penjual kek dlm talian yg pokok nmpk derang htr sndri order cth kalu kedai kat klang, hanya amek order dlm kwsn klang shj...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit keputihan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
namemysoul replied at 21-3-2025 06:43 PM
Patutlah dolu2 semua penjual kek dlm talian yg pokok nmpk derang htr sndri order cth kalu kedai ka ...

Avatar tak kena dgn nama cik Pokok.  Org jadi konpius.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokoknya bisa ditebang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 21-3-2025 08:26 PM
Avatar tak kena dgn nama cik Pokok.  Org jadi konpius.

Baiklah, saya ulang lg skali ....

Dulu saya penah reveal, benang pasal something bout credit? Credit giveaway by admin6 if im x mistaken...

Nama pendek saya pokok.

Nama panjang saya hantu pokok.

Hehehehe.

Name~my~soul~...hihihihihi

Siapakah~aku~....hihihihihi  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.064130 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list