View: 5333|Reply: 21
|
"Kalau Saya Bayar Dia Pun Tak Apa"- Joe Flizzow Terbuka Kolaborasi Dengan Malique
[Copy link]
|
|
PENYANYI rap Joe Flizzow tidak akan menolak peluang kembali menjalin kerjasama dengan Malique susulan timbul desas-desus mengatakan bekas anggota Too Phat itu bakal membuat kemunculan semula.
Joe atau Johan Ishak, 46, bagaimanapun menyerahkan perkara itu ditangan Malique dan sentiasa bersedia untuk kembali bersatu dengan sahabat baiknya itu.
"Insya-Allah kita doakan, jika Malique mendengar apa saya katakan ini, ia terpulang kepada kamu bro. Keputusan di tangan kamu. Saya sentiasa bersedia.
"Saya terbuka berkolaborasi bersamanya, bayar RM1 pun saya akan lakukan malah kalau tiada bayaran juga saya tak kisah.
"Kalau saya yang kena bayar pun saya akan buat (kolaborasi bersama)," katanya kepada mStar.
Joe berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music yang diadakan di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Joe memberitahu dia sebelum ini banyak menerima tawaran persembahan bersama Malique namun akur belum tiba masanya mereka bersatu kembali.
"Saya dapat banyak tawaran persembahan bersama Malique. Kalau saya nak cakap jumlah tawaran diberikan, rasanya tinggi nilainya.
"Saya selalu cakap wang bukan segala-segalanya. Mungkin ada pihak penganjur menganggap bayaran tinggi boleh mempengaruhi keputusan saya untuk membuat persembahan dengan dia.
"Lebih-lebih lagi sejak dia membuka akaun Instagram, semakin banyak penganjur menawarkan tawaran persembahan untuk Too Phat," ujarnya.
Ditanya soal kemunculan semula Malique dalam industri seni, Joe memberitahu dia enggan mengulas lanjut berhubung hal demikian kerana tidak mahu membuat sebarang andaian.
Kata Joe, sekiranya benar Malique mahu kembali aktif, kemunculan penyanyi rap berkenaan memang dinantikan semua peminat muzik hip-hop.
"Saya rasa itu satu perkara istimewa untuk dunia hip hop kerana kita rindukan kehadirannya dan suaranya.
"Memang kita dah lama nantikan dan raikan dia buat kemunculan semula. Dia pun sudah keluar dengan beberapa buah lagu dengan artis baru sebelum ini.
"Buat masa ini kami masih belum berhubung lagi. Saya pun tidak mahu bercerita lebih sangat kerana tidak mahu membuat sebarang andaian," katanya.
Februari lalu, Malique atau Cairel Edrin Ibrahim, 48, mengejutkan peminat apabila muncul dengan akaun Instagram rasminya iaitu Malique Ibrahim Qarma.
Sejak itu muncul pelbagai andaian berhubung kemunculan Malique di Instagram.
Untuk rekod, Joe dan Malique menubuhkan kumpulan Too Phat pada 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu.
Namun pada 2007, kedua-dua mereka memilih untuk meneruskan dengan kerjaya solo sebelum Malique menghilangkan diri dari radar industri seni.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mcm soeb dan mamet. Mengharap kan pihak sebelah terbuka hati nak berkerjasama lagi. Tapi pihak sebelah boo layan jer. SEDIH........ |
|
|
|
|
|
|
|
Klo jadik buat konsert, mesti ramai warga emas termasuk aku..  |
|
|
|
|
|
|
|
kes mende eyh deme dua ni putuih harapan ginih? |
|
|
|
|
|
|
|
Yeye je joe ni. Tgok kat studio qarma tu elok je dorang open to all rapper. Ada bukak kelas rap je. Pegi la jumpa kawan ko tu kat sana.
Apa bnda propa je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 ekor kuat propa. Lama2 orang pon dah malas. Ngalahkan pompuan punya pangai. Tak lama jadi la mcm Jep & Soeb. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua-dua kuat drama, padahal masing2 ada je posting socmed kat studio same time same job, collab ngan same artist, acah2 berjauhan masing2... yang sorang acah tak dapat contact, yang sorang acah2 nak misteri, tapi tetap lah mencapub buat lagu, duet, acah2 merajuk ngan industri...pastu tiberr keluar lagu untuk ex gf... aiyooo..
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 20-3-2025 04:49 PM
Dua-dua kuat drama, padahal masing2 ada je posting socmed kat studio same time same job, collab ngan ...
Waktu berhenti ku toleh ke sisi
Engkau tiada di samping ku
Tp lebih seringkali bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya lahabauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
dua dua buruk ewwwwwwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 acah2 jantan hot ni dah kenapa akaq x boleh brain since zaman anak ayam... bakat ala2 ja bukanlah wow pun.. kalau aku kata kang ghisauu kata face shaming   |
|
|
|
|
|
|
|
Masa dorg collab dorg mmg best. Peminat dorg ramai bkn berlandaskan rupa.. yg grew up dgn music diorang mmg suka n tunggu je dorg collab together. |
|
|
|
|
|
|
|
Sadisnyer korang menyamakan dgn soeb |
|
|
|
|
|
|
|
jalan sambil bergandeng tangan
lalu berdansa sambil pelukan rasa, oh
angin berbunyi nada seperti lagu cinta
ku tulis tentangmu |
|
|
|
|
|
|
|
lama2 netizen meluat dengan Dua kertu ni..memang sama la lahabau ni dengan lahabau soeb jepp tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh masuk 2025 ni., tetaplah mcm tu status
korang berdua. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku anti dengan dia orang since 2003 |
|
|
|
|
|
|
|
Boring
Zaman korng dah berlalu..next.. |
|
|
|
|
|
|
|
kena ada bahagian seat la, x larat berdiri lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
heols ada buat salah ke dengan malique? macam nampak heols je beria nak amend |
|
|
|
|
|
|
| |
|