CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18189|Reply: 0

[Kedah] Ramadan sayu buat empat beradik berpuasa tanpa ibu

[Copy link]
Post time 13-3-2025 02:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-3-2025 02:58 AM

Ramadan sayu buat empat beradik berpuasa tanpa ibu

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
12 Mac 2025 02:43pm





Seramai 25 anak yatim sekitar daerah Kuala Muda diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan Perdana 2025 di Mydin Taman Batik pada Selasa.



SUNGAI PETANI – Ramadan kali ini terasa sayu buat empat beradik yang merindui memori bersama ibu tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya, setahun lalu.

Anak ketiga daripada empat beradik, Arif Najwan Nazeri, 16, berkata, pemergian ibu akibat strok ketika umat Islam menyambut Ramadan tahun lalu merupakan tamparan hebat buat mereka sekeluarga.


Menurutnya, meskipun Ramadan kali ini terasa perit tanpa ibu di sisi, mereka tetap meneruskan ibadah bersama bapa dan adik-beradik lain.

"Walaupun ibu dah tak ada, kami bersyukur ramai yang bantu hulurkan sumbangan.


Hari ini, saya dapat beli baju Melayu dan songkok, manakala adik bongsu, Putri Auni Nazmina, 11, dapat beli baju raya dan tudung. Terima kasih kepada Mydin kerana menaja anak-anak yatim seperti kami untuk persiapan hari raya," katanya.


Mereka berpeluang memilih baju raya mereka sendiri di Mydin Taman Batik.



Arif Najwan dan Putri Auni Nazmina antara 25 kanak-kanak serta remaja yang diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan Perdana 2025 di Mydin Taman Batik, di sini, pada Selasa.


Hadir sama merasmikan majlis ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek, Pengarah Urusan Iman Ikhlas (M) Sdn Bhd Mydin Wilayah Utara, Datuk Dr Saduruddin Gulam Husen, serta Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin.


Menurut Arif Najwan, sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak mengurangkan beban bapa mereka yang merupakan seorang guru silat dalam membuat persiapan hari raya.


Mohammed Taufiq (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sambil disaksikan Azmin (kiri), Bau Wong (dua kiri) dan Saduruddin (kanan).


Sementara itu, Azrulnizam Norli, 48, meluahkan rasa syukur apabila anak saudaranya, Muhammad Adam Rayyan Abd Qayim, 2, turut tersenarai sebagai penerima bantuan.

"Terima kasih kepada Mydin yang menaja baju raya buat anak buah saya," katanya.

Azmin Saduruddin pula berkata, majlis berkenaan lebih istimewa kerana bukan sahaja berkongsi rezeki dan kegembiraan, malah menerapkan nilai kasih sayang serta kebersamaan dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.


Anak yatim diberi peluang memilih baju raya masing-masing.


"Kehadiran anak-anak yatim dari sekitar daerah Kuala Muda yang diraikan amat bermakna kerana Mydin percaya setiap insan berhak merasai kemeriahan dan kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal," katanya.

Beliau turut memaklumkan, anak-anak diberikan peluang memilih sendiri baju raya di Mydin Taman Batik sebelum majlis penyerahan sumbangan serta jamuan berbuka puasa.

Turut diraikan ialah kesemua kakitangan Mydin Taman Batik apabila pasar raya itu ditutup sementara pada jam 6.45 petang Selasa lalu bagi memberi laluan kepada pekerja berbuka puasa bersama.

https://www.sinarharian.com.my/article/717284/edisi/utara/ramadan-sayu-buat-empat-beradik-berpuasa-tanpa-ibu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-3-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.481187 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list