“Niat nak ke sana pada hujung Ramadan memang ada tetapi semuanya bergantung dengan panggilan Allah.
“Siapa pergi umrah tahu rasa rindu itu, tambahan pula momen di sana pada bulan Ramadan lain rasanya.
“Kerinduan yang tidak dapat digambarkan lebih-lebih lagi dapat menikmati 10 malam terakhir mencari lailatulqadar,” katanya kepada HibGlam.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 46 tahun itu turut mengingatkan orang ramai agar memperbanyak amalan baik sepanjang Ramadan.
“Ramadan memang kena kumpul banyak pahala bukan sahaja beribadah tetapi juga dengan bersedekah.
“Rezeki yang kita dapat kena bagi semula kepada orang ramai.
“Bukan bermakna selepas raya jadi hantu balik tetapi bulan istimewa ini perbaiki kelemahan diri,” ujarnya lagi.
Aafiyah berpuasa
Selain perancangan berkampung di Mekah, Siti juga teruja apabila kali ini anak sulungnya, Siti Aafiyah akan turut serta berpuasa.
“Tahun ini Aafiyah akan mula berpuasa, Afwa belum lagi sebab masih kecil.
“Saya sudah fikir menu sahur untuk Aafiyah supaya lebih kenyang sebab dia susah makan.
“Dahulu saya jaga sangat pemakanan dia sewaktu kecil, sekarang Aafiyah jadi memilih sikit,” jelasnya.
Bersempena bulan penuh rahmat itu, Siti turut memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta Kasih yang menggalakkan pembelian sambil beramal.
Dia bakal memperkenalkan produk terbaharu daripada BeauSiti by SimplySiti iaitu Oat Me Up! minuman berkhasiat bagi menyokong gaya hidup sihat sepanjang Ramadan.
Sumber : Kosmo