“Kalau peminat sayang, mereka kena jaga nama baik artis… Tidaklah semua kelab peminat saya baik, tetapi saya cuba beritahu mereka supaya jangan menuding jari.
"Selalunya saya akan lari daripada media sosial selepas selesai sesuatu acara besar seperti Anugerah Juara Lagu atau konsert.
“Memang sakit bila baca, jadi saya ambil tempoh tiga hingga empat hari sehingga keadaan tenang," ujarnya.
Ernie berkongsi perkara itu sebagai mengulas kenyataan Aina yang tidak keluar rumah selama seminggu kerana menerima banyak kecaman.
Dalam perkembangan lain, Ernie sekali lagu bakal tampil dengan dengan konsert solo yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei depan di Capitol Theatre, Singapura.
Menjanjikan persembahan terbaik, dia berharap acara itu nanti akan mengulangi kejayaan Konsert Aura Ernie Zakri yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.
"Vibe konsert itu nanti mungkin sama seperti di KL, cuma ada pertukaran lagu, artis jemputan dan sedikit kejutan.
"Saya juga berharap dapat berkomunikasi dengan peminat. Sebelum ini tidak dapat buat disebabkan masalah kesihatan," ujarnya.
Sumber: mStar