Quote: MissYouSayang replied at 15-2-2025 03:23 PM
Janji kelantan still milik melayu kalo nak compare penang n kl tu rata2 pemilikan org cina or bangsa ...
Melayu KL merempat..?
Maksudnya:
a)melayu asal KL atau,
b)melayu yang berhijrah ke KL sebab negeri asal sendiri tak mampo memberi peluang pekerjaan kepada rakyat?
Untuk makluman hang, dalam KL ni banyak jer tanah orang melayu dibangunkan (dibacakan perumahan), supaya orang luar KL boleh memiliki rumah.
Melayu KL tidak racist.
Untuk hang supaya tidak gagal faham, tanah milik melayu dalam KL ni bukan sekadar tanah rizab melayu semata ye. Tanah rizab kami simpan utk generasi depan.
Berlainan pula kesahnya tanah Kelantan tu hanya milik melayu kelantan jer. (itu yang dibanggakan)
Jangankan kata cina... sesama melayu negeri lain pun dah racist, tak bagi ruang langsung. Ujungnya hidup dalam kelompok yang sama sampai bila².
Tuhan suruh hidup atas bumi untuk berkenal² dengan berlainan suku/bangsa, bukannya racist.
Tapi aneh, menaku isele... kerajae isele... motto pun membangun bersama isele. How?
Mari berfikir luar kotak sejenak, jika Selangor atau WPKL racist macam Kelantan, agak² boleh maju macam sekarang ke?