Isu Semasa
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 170236   
PETALING JAYA – Musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi mendatangkan cabaran besar buat ibu bapa apabila perlu melakukan persediaan kewangan buat kelengkapan anak-anak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok, sebanyak RM1,500 telah dibelanjakan bagi persediaan dua anaknya sebelum memasuki sesi persekolahan.

Perbelanjaan itu termasuklah baju sekolah kedua-dua sesi pagi dan petang yang berharga RM500 diikuti dengan buku sekolah (RM350) dan yuran sekolah berharga RM400.



“Yang anak dua ni pun dekat RM1,500. Ni kan yang anak ramai sekolah. Apatah anak ramai bersekolah, mesti lagi ‘struggle’ (susah).

“Semoga dimurahkan rezeki kita semua hendaknya. Amin,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang menzahirkan rungutan yang sama apabila menghadapi cabaran kewangan apatah lagi musim perayaan semakin menghampiri.

“Saya untuk anak-anak tak beli apa lagi. Entah lah, suami kerja gaji hari. Ada kerja, ada gaji. Tak ada kerja tak ada gaji. Tengah fikir macam tak nak hantar dorang (anak-anak) pergi sekolah pun ada. Lagi berapa hari je nak sekolah,” komen Eyra.

“Nasib baik anak-anak sekolah pagi dan petang sekolah yang sama. Jadi guna baju yang sama. Beli baju seorang sepasang, untuk tiga orang dah RM300. Belum kasut dan beg sekolah lagi,” komen Fazirah Din.

“Allahuakbar, baca komen-komen semua sedih dengan ekonomi ibu bapa masing-masing. Saya dengan anak dua orang barang sekolah belanja RM200, sekolah agama RM200 lebih, sekolah kebangsaan pula RM300 lebih. Pun terasa juga walau bab yuran sahaja,” komen Remy.

Sumber: Kosmo

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
28.4K Views
144 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.13 2#

Challenger | Credits 18860   
Tak tau nak ckp apa. . Sejak join forum ni lah cerita tiap tahun tiap kali nak buka sekolah.  Anak2 every yr naik sekolah tp tulah mcm x de lessons learned pula. Oh well til next yr, cerita yg sama akan keluar jua.

isseliparjepun Lv.10 3#

Survivor | Credits 6141   
Its annual punya perbelanjaan jugak kan. Ibu ayah pun akan prepare lebih awal. Lepas habis bayar sekolah, nak masuk bulan puasa lepas tu beraya pula.

ninja boy Lv.16 4#

Conqueror | Credits 44589   
Kos sekor budak dari lahir-umur 23 serupa sebijik rumah 400k
Follow Us

silance Lv.5 5#

Minder | Credits 744   
Lama dulu tv selalu tayang movie dari seberang. Aku  heran dengar dioarng cakap beli barang semua harga ratus-ratus, ribu, puluh ribu, ratus ribu. Beli nasi pun ratus rupiah. Haaaaa, sekarang kat malaya pun dah kira ribu-ribu. Makan malam 4 orang pun tak cukup seratus. Hahaha......

syamzana Lv.13 6#

Challenger | Credits 16637   
"Nasib baik anak-anak sekolah pagi dan petang sekolah yang sama. Jadi guna baju yang sama. Beli baju seorang sepasang, untuk tiga orang dah RM300. Belum kasut dan beg sekolah lagi,” komen Fazirah Din.

i ulang kali baca neh...maksudnya baju sorg lbh krg rm100/sehelai?
mmg mahal mcm ni ke skrg? jaman anak iols sek keb dulu, beli kat hari2 cap jonny/ape entah lg satu baju kemeja dlm rm18, seluar rm30 camtu je. kasut2 kat situ pun bawah rm40.
skrg tatau la.

btw, bertabah laa...jgn la plak sampai ada rasa taknak anto anak sek.

lazim Lv.15 7#

Gladiator | Credits 37581   
Ank rmi buat mcm ina naim la. Homeschooling. Sng xyah kj cr duit blnja nk sekolahk. Ank2

ADVERTISEMENT


shida81 Lv.12 8#

Defender | Credits 12605   
Ntaha uols.. Pandai2 la korang plan belanja.. Klu berduit blh la beli sedebuk..yg x berduit tu berdikit2 la... Stationery stokin...boleh beli kat Shopee.... Beg klu elok pakai je la.. Klu x.. blh la sikit2 simpan duit.. Beli yg elok n tahan lama.. Baju sek kasut sek ada yg murah tp kualiti x bp nk best tp klu pandai jg lama jg blh tahan... Klu nk berkualiti simpan da duit Skit2.. Ak tau ada yg ckp mkn pn x cukup camne nk simpan.. Ye la bergantung la.. Klu rajin insha Allah ada rezeki....

edayildiz Lv.14 9#

Fighter | Credits 24153   
last week i bwk ank aedara beli baju sekolah..ye la..satu je ank sedara i sekolah..beli baju ngn brg keperluan dia yg biasa biasa je pun dh nk 1 k..
i jd baby sitter sbb kakak i tgh pantang..

Samerosie Lv.13 10#

Challenger | Credits 18860   
Quote: syamzana replied at 13-2-2025 08:26 PM
"Nasib baik anak-anak sekolah pagi dan petang sekolah yang sama. Jadi guna baju yang sama. Beli baju ...

Macam pelik kan baca. Iols pun x faham. Katanya anak2 dia sekolah pagi dna petang so guna baju yg sama. Sekali baca iols ingat anak2 kongsi baju pula. Then dia ckp sepasang baju tanpa kasut dan beg dah rm100 sorang.  Maafle iols anak sekolah private kena beli baju sekolah kat sekolah pun rasa tak sampai rm100 sepasang.  Tengok kat sopi brand blackcat seller jual sepasang paling mahal sbb size besar pun tak lebih rm70. Mungkin brand lain ada lagi murah.

allshares Lv.10 11#

Survivor | Credits 6758   
“Saya untuk anak-anak tak beli apa lagi. Entah lah, suami kerja gaji hari. Ada kerja, ada gaji. Tak ada kerja tak ada gaji. Tengah fikir macam tak nak hantar dorang (anak-anak) pergi sekolah pun ada. Lagi berapa hari je nak sekolah,” komen Eyra.

Tanak hantar anak ke sekolah, Bodoh nye ko Eyra. Pakai jela ape yg Ade.

jazaa100 Lv.15 12#

Gladiator | Credits 30424   
Quote: Samerosie replied at 13-2-2025 07:05 PM
Tak tau nak ckp apa. . Sejak join forum ni lah cerita tiap tahun tiap kali nak buka sekolah.  Anak2  ...

Kann....

Bila cuti sampai 3km melekat kat Jln raya nk gi Cameron Highland blh pulak.....

jazaa100 Lv.15 13#

Gladiator | Credits 30424   
Quote: allshares replied at 13-2-2025 09:34 PM
“Saya untuk anak-anak tak beli apa lagi. Entah lah, suami kerja gaji hari. Ada kerja, ada gaji. Tak ...

Bila tak hantar ank gi sek... Nanti ada le YB dtg rumah bg duit, beli kan kelengkapan sek, .
Baik kan bumbung rumah etc

plywood Lv.10 14#

Survivor | Credits 6598   
Kalau dah tahap tak boleh nak beli, bagus jugak yb, opps yb tak boleh.. nanti jatuh standard....  orang yang boleh mewakili orang susah disetiap daerah, ketua kampung ker.. opss ketua kampung susah harap sekarang.. siapa-siapalah, yang penting ada leadership bagus ...

.. supaya pakaian sekolah yang masih elok dikumpulkan dan diberikan kepada orang yang susah. Tapi ini perlu koordinasi orang jujur, dan perlu centralized, disatu2 kawasan, kampung ker

ini untuk yang susah sahaja, yang tak susah dan kaya adalah penyumbang, jangan buang pakaian sekolah anak.. beri kepada orang lain.. masih ada orang yang perlu walaupun dah terpakai...

cuma kena ingat, biarlah orang yang terlibat mentalitinya nak pahala banyak bukan yang ambik kesempatan jadik bisnes, jadi susah nanti, 40 peratus pengurusan, jangan2 dia jual pulak nanti hahah...

harap dpt diperluaskan ke seluruh negara, hanya perlu perintis sahaja sekarang... sebab susah nak laksanakan ialah mentaliti pelbagai latarbelakang seseorang dlm masyarakat.. contohnya takut ada orang miskin pun tak nak second hand free, nak baru free.. hahah

kakacantikkan Lv.7 15#

Revolutioner | Credits 1559   
Quote: ninja boy replied at 13-2-2025 07:30 PM
Kos sekor budak dari lahir-umur 23 serupa sebijik rumah 400k

kos bela anak sbnrnya 1mil per head..anak smpi umur 23 tu xleh pakai lg biasa nya..msh menetek dgn mak bapak smpi at least umur 30..lama nk mkn hasil anak ni..boleh meninggal dulu

ADVERTISEMENT


becir Lv.12 16#

Defender | Credits 14268   
kalau dah susah takyahla sekolah pagi petang, sejujurnya sek agama tu tak pegi pun takpe

pengecatbintang Lv.12 17#

Defender | Credits 13331   
Edited by pengecatbintang at 13-2-2025 10:30 PM
Quote: edayildiz replied at 13-2-2025 08:47 PM
last week i bwk ank aedara beli baju sekolah..ye la..satu je ank sedara i sekolah..beli baju ngn brg ...

anak sedara tu darjah berapa?

apa jer lah beli dengan RM1,000 tu..

cuba list apa barang yg beli tu

sbb heran sampai RM1k

pengecatbintang Lv.12 18#

Defender | Credits 13331   
Quote: becir replied at 13-2-2025 10:13 PM
kalau dah susah takyahla sekolah pagi petang, sejujurnya sek agama tu tak pegi pun takpe

gomen patut arahkan sekolah agama petang bagi kelonggaran bole pakai baju yg sama masa sekolah biasa waktu pagi

atau bole pakai baju yg guna kat umah

seb baik Menteri dulu cadang kasut hitam

kalo kasut putih..

mau at least 2 pasang

dengan kos cuci n kapur lagi

itu pun ramai porumer menbahan menteri yg arah kasut itam tu

nampak simple arahan kasut itam

tapi impak besar dari segi kos sekolah budak2



pengecatbintang Lv.12 19#

Defender | Credits 13331   
Quote: jazaa100 replied at 13-2-2025 09:35 PM
Kann....

Bila cuti sampai 3km melekat kat Jln raya nk gi Cameron Highland blh pulak.....

atau pun mcm satu flat ppr kat KL baru2 ni..

lif x dibaiki sbb ramai x bayar sewa or mgkn mentenen cost

tapi beli kete n astro mampu plak


pengecatbintang Lv.12 20#

Defender | Credits 13331   
Quote: jazaa100 replied at 13-2-2025 09:38 PM
Bila tak hantar ank gi sek... Nanti ada le YB dtg rumah bg duit, beli kan kelengkapan sek, .
Baik  ...

mmg ada bebaru ni ahli parlimen KL taraf muntri bagi sumbangan

kalo x silap antara RM100 - RM150 per murid

ramai yg dapat


1234.. 8Next