Isu Semasa
ADVERTISEMENT

Raline Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 170236   



SHAH ALAM: Pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail membidas pandangan segelintir pihak yang mendesak skuad Harimau Selatan supaya keluar daripada Liga Malaysia (Liga M) selepas terlalu mendominasi kancah bola sepak tempatan.

Malah, Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor itu menyifatkan, pasukan lain tidak seharusnya menyalahkan JDT yang sentiasa berada di depan dan mencipta pelbagai kejayaan dalam kancah domestik selain mencetus impak pada saingan benua seperti Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Justeru, Tunku Mahkota Ismail menegaskan setiap pasukan seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk memajukan pasukan masing-masing dan mengurus tadbir pasukan dengan lebih berkesan.

"Kitalah satu-satunya kelab. Patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam AFC MA Ranking. Ini tidak, nak kami keluar dari liga dan kutuk liga sendiri pasal tak puas hati.

"Pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk. Anda urus dana anda sendiri, perancangan pasukan, pembangunan, dan infra tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang lain.

"Mentaliti lemah dan tak bertanggungjawab," kata Tunku Mahkota Ismail menerusi kemas kini di InstaStory.

Terdahulu, skuad bimbingan Hector Bidoglio meraih tiga mata penting dalam saingan ACLE apabila menewaskan kelab Liga Australia, Central Coast Mariners 2-1 di Central Coast Stadium, semalam.

Kemenangan itu membolehkan JDT berada di tangga kelima bagi kedudukan Zon Timur dengan 11 mata sekali gus meletakkan mereka pada kedudukan yang baik untuk mara ke pusingan kalah mati berbaki satu perlawanan lagi.

Sebagai rekod, hanya lapan pasukan terbaik daripada setiap zon akan mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Aksi terakhir ACLE buat JDT akan menyaksikan mereka berdepan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers di laman sendiri pada 18 Februari nanti.

Sumber : Harian Metro

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
30.3K Views
23 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Orenn1 Lv.12 2#

Defender | Credits 13994   
Apa lgi anak raja seko ni, tak habis2 statement bebas sesedap hati cari gaduh dgn org sana sini. Masalahnya org takleh kutuk dia nanti kena angkut phuii. Tp dulu sanusi tu buat degil jugakkan balas balik tak kena apa pulak. yg kelakar nazri aziz dgn kj sampai kena pegi jumpa tunduk cium tanganlah akhirnya kohkohh

Orenn1 Lv.12 3#

Defender | Credits 13994   
Dah kurus acah2 paling hensemmm phuiii

Carcosa Lv.12 4#

Defender | Credits 12273   
Nak komen, tapi taknak raya dkt tilam batu.
So meols senyum jelah.
Follow Us

Minami2013 Lv.14 5#

Fighter | Credits 29061   
Gambar terbaru ke tu?

nisako Lv.12 6#

Defender | Credits 14853   
ape lagi oo

SWORKS27 Lv.10 7#

Survivor | Credits 5249   
buat la apa TMJ nak buat...duit dia ...bukan guna duit rakyat pun

ADVERTISEMENT


pisanggoreng Lv.5 8#

Minder | Credits 772   
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

pisanggoreng Lv.5 9#

Minder | Credits 772   
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

pokokmeranti Lv.9 10#

Adventurer | Credits 3752   
salah satu kenapa penonton semakin berkurangan kehadiran di stadium disebabkan dah boleh agak siapa juara liga, siapa juara PM, etc. so, buat apa peminat hadir dan buang duit klu tiap2 tahun setiap pasukan hanya kejar menjadi naib juara....

matseh Lv.9 11#

Adventurer | Credits 4701   
Mmg dia duit banyak. Mmg klab lain teruk. Duit tak ada tapi nak ada klab bola.
Kat dunia ni mana ada org miskin ada klab bola lps tu menang macam2. Even EPL 2016 champion pun owner dia billionaire.
Aku umpama klab2 lain dlm MSL ni mcm jual goreng pisang. Sampai satu peringkat, nak beli pisang yg sesuai utk di goreng pun tak ada duit. Pakat ganti dgn daun pisang. Goreng dan jual juga.  

cm_vungtau Lv.12 12#

Defender | Credits 10301   
Edited by cm_vungtau at 13-2-2025 02:44 PM

‘Membidas pandangan segelintir pihak’

Cuba citer pandangan siapa. Senang sikit nak komen

BungaKencana Lv.9 13#

Adventurer | Credits 4765   
siaran astro wlpn ulang2 best la juga tgk smbil baring dkt tilam berbanding ngadap dinding tdo atas lantai..

annehuda Lv.22 14#

Moderator | Credits 75483   
aku rasa la kalau ada satu negeri kat Malaysia ni decide ok kami nak mansuhkan pasukan bola sepak negeri CONFIRM aku rasa negeri2 lain pun akan ikut jugak

otai_g Lv.15 15#

Gladiator | Credits 32302   
Pokoknya modal. Kalo kelab ada modal baik, pasukan pun mesti baik. Ni modal Nan hado, mmg jwbnya dpt player third class je lah.

ADVERTISEMENT


nw111 Lv.11 16#

Highlander | Credits 9194   
Quote: Orenn1 replied at 12-2-2025 10:35 PM
Apa lgi anak raja seko ni, tak habis2 statement bebas sesedap hati cari gaduh dgn org sana sini. Mas ...

I tggu komen u wakilkan kita org..

ezacbee Lv.13 17#

Challenger | Credits 17537   
Aku pun dah malas nak tgk liga M.. Bosan.

Rindu zaman liga semi pro. Sama2 bersaing.

Sekarang team lain jauh tertinggal.

Orix Lv.15 18#

Gladiator | Credits 35046   
Quote: Orenn1 replied at 12-2-2025 10:35 PM
Apa lgi anak raja seko ni, tak habis2 statement bebas sesedap hati cari gaduh dgn org sana sini. Mas ...

RETWEET

Orix Lv.15 19#

Gladiator | Credits 35046   
motip iols teringat kata2 epic Tun M satu ketika dahulu ...............................................................

cm_vungtau Lv.12 20#

Defender | Credits 10301   
Quote: annehuda replied at 13-2-2025 02:14 PM
aku rasa la kalau ada satu negeri kat Malaysia ni decide ok kami nak mansuhkan pasukan bola sepak ne ...

Tu la. Bagus team lain yang keluar. Buang masa berlawan2 dok ambik import bagai. Last2 duit lebur. Baik tarik diri aje pastu tunggu reda kang masuk la balik
12Next