Shah Alam: Kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk membayar lebih RM9 juta kepada keluarga wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, M Sumathi, memerintahkan pembayaran itu, termasuk faedah, dibuat dalam tempoh 30 hari ke dalam akaun firma guaman, Karpal Singh & Co, selaku peguam kepada bapa Altantuya, Shaariibuu Setev.
Dalam perintahnya, Sumathi juga mengarahkan kerajaan dan Abdul Razak membayar kos RM25,000 kepada Shaariibuu.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan lisan untuk penangguhan perintah terbabit.
Portal, The Edge, melaporkan peguam Shaariibuu, Sangeet Kaur Deo, sebagai mengesahkan keputusan mahkamah terbabit.
Sumber : Harian Metro