CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8841|Reply: 1

[Tempatan] Mayat dalam but kereta: Pemandu lori didakwa membunuh

[Copy link]
Post time 9-1-2025 12:40 PM | Show all posts |Read mode
MERSING: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pemandu lori yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta pada bulan lalu.

Tertuduh, Hasbullah Adam, 36, yang juga pemandu lori, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa membunuh Shakirin Mohammad, 28, di antara jam 6.10 pagi pada 26 Disember hingga jam 1.50 tengah hari 28 Disember lalu di tepi Jalan Jemaluang-Kahang, Mersing.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan sebatan minimum 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Foo Fang Leong, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Azlan Bohari.

Fang Leong dalam hujahnya, memaklumkan tiada jaminan dibenarkan kerana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.

Mahkamah menetapkan 27 Februari sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan kimia, forensik dan laporan bedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan mayat lelaki tempatan berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap dalam but kereta miliknya dengan kesan kecederaan di bahagian leher, pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, dilaporkan berkata dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan sebelum mayat mangsa ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja di Kilometer (KM) 26 Jalan Jemaluang-Kahang.

Bertindak atas maklumat risikan, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan membuat tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 30an, tahun di Johor Bahru pada jam 4.30 pagi 29 Disember lalu.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, dilaporkan berkata suspek lelaki yang ditahan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala wanita pula dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan.

Hasbullah Adam dikawal anggota polis ketika dibawa untuk pendakwaan di Mahkamah Majistret Mersing hari ini. - Foto NSTP/Omar Ahmad




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes kerana poen, masa depan binasa ke ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041580 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list