View: 19257|Reply: 13
|
[Tempatan]
Muhyiddin berjaya dapat pasport untuk rawatan kanser ke UK
[Copy link]
|
|
Harian Metro
[email protected]
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mendapatkan pasport sementara untuk ke United Kingdom (UK) bagi tujuan rawatan kanser.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan permohonan Muhyiddin selaku pemohon supaya pasport Ahli Parlimen Pagoh itu diserahkan bermula hari ini sehingga 14 Januari 2025.
Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Pok Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan, anak guamnya perlu mendapatkan pasport untuk berjumpa dengan pakar kanser di Platinum Medical Centre UK bagi mendapatkan nasihat perubatan mengenai keadaan dan kanser pankreasnya serta meluangkan masa bersama cucu-cucunya.
"Anak guam saya sudah menjalani PET Scan (Positron Emission Tomography) dan dimaklumkan penanda tumor CA19-9 menunjukkan sedikit peningkatan melebihi paras normal dan ini mendatangkan kekhuatiran kepadanya.
"Anak guam juga sudah membuat temu janji dengan Prof Bruan Davidson yang juga seorang pakar bedah yang berkelayakan tinggi dalam bidang ini bagi mendapatkan nasihat rawatan dan pandangan kedua yang diperlukan dalam tempoh kritikal ini.
"Anak guam saya juga difahamkan cucu-cucunya berkemungkinan besar tidak akan pulang ke Malaysia, tahun ini sehingga pertengahan tahun depan dan berharap untuk meluangkan masa bersama mereka di sana nanti," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat membantah permohonan itu kerana alasan yang diberikan oleh pihak pembelaan adalah tidak mendesak.
"Rawatan ini boleh dibuat di Malaysia dan di sini juga mempunyai pakar, perunding dan fasiliti yang cukup untuk merawat penyakit kanser.
"Tidak ada keperluan untuk pemohon mendapatkan pandangan kedua dari pakar luar kerana penyakit ini bukan penyakit khas dan jarang-jarang berlaku. Pandangan kedua boleh didapatkan di negara ini sahaja," katanya.
Selain permohonan pasport, Azura juga menetapkan 16 Januari ini bagi keputusan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan dan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram dihadapi Muhyiddin dibicarakan bersama.
Disiarkan pada: Disember 10, 2024 @ 3:49pm
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Warga uk, Australia, United States pergi ke malaysia untuk rawatan kanser tapi Warga malaysia pergi ke uk untuk rawatan kanser |
|
|
|
|
|
|
|
kata dpt notis kebangkrapan? |
|
|
|
|
|
|
|
anak cucu dihumban dok luar negara
perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Abahko stress sgt ke kena notis bangkrap smpai kanser datang balik??
Btw..alang2 dah pi oversea tu bawak balik skali menantu ko yg dah jadi pelarian tuh |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 10-12-2024 06:55 PM
Abahko stress sgt ke kena notis bangkrap smpai kanser datang balik??
Banyak kes kanser datang balik. Termasuk saya, yang sekali kemo dengan saya pun ada yang 3 kali kemo. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tak ok ke? Rasanya sama saja pun. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 10-12-2024 06:55 PM
Abahko stress sgt ke kena notis bangkrap smpai kanser datang balik??
Datul J tu kerrr??? |
|
|
|
|
|
|
|
dalam ada kanser pun subuk memfitnah ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo kanser dtg balik. Kesian le pulak. Harap boleh diubati kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 10-12-2024 08:20 PM
Banyak kes kanser datang balik. Termasuk saya, yang sekali kemo dengan saya pun ada yang 3 kali ke ...
Kesiannya kaka. Harap dipermudahkan & diberi kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu nak pergi overseas la tu. Nak second opinion kena cari kat UK kat Malaya ni cuma ada sorang ja ka oncologist?
Alasan nak jumpa cucu tu lagi tak masuk akal.
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudahkan urusan.
moga cepat sembuh. jgn putus asa, skrg dah byk kaedah perubatan dan alternatif rawatan.
org kata dlm tempoh 5 tahun kena berjaga-jaga sbb kanser boleh relapse
adik saya ada kanser darah jd saya pun berhati-hati. dah tk mkn daging merah sejak abis SPM.
platlet saya pun tak cantik.bila sel darah putih tu lebih, demam aje..
tp kita kena selalu positif dan ceria.. jgn stress..
fighting!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|