CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13024|Reply: 2

[Tempatan] Bayi 6 bulan maut di rumah pengasuh

[Copy link]
Post time 10-12-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


JASIN: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan mukanya dilitupi selimut ketika berada di rumah pengasuhnya di Merlimau, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu disedari pengasuh wanita berusia 27 tahun apabila mendapati bayi berkenaan, Harraz Noah Nazrul Nizam dalam keadaan terlentang dengan sehelai selimut menutupi mukanya.

Bapanya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata dia dihubungi isterinya, Ainol Izzah Raslan 25, kira-kira jam 11.40 pagi dalam keadaan menangis teresak-esak yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya dan memaklumkan mengenai keadaan anak tunggalnya itu yang tidak sedarkan diri.

"Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir Harraz sudah biru. Serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.

"Ibu saya kemudian membawa Harraz ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka. Doktorkemudian memaklumkan anak saya sudah tiada," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, petang tadi.

Nazrul Nizam berkata, beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya," katanya.

Ketika ini, jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, esok.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainailahirojiun
Sayunya hati... Harap mak ayah tu tabah ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 09:42 PM | Show all posts
berdaftar ke tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057574 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list