CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13212|Reply: 2

Kemelut politik! Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong

[Copy link]
Post time 10-12-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode





Seoul: Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik susulan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol minggu lalu yang menimbulkan kontroversi, lapor agensi berita Yonhap.


Menteri Kebudayaan Yu In-chon berkata: "Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keselamatan dan keselesaan semua pelawat ke negara ini," semasa forum perniagaan pelancongan Korea Selatan-Jepun yang diadakan di sini.


Naib Menteri Kebudayaan Jang Mi-ran turut memberi jaminan bahawa rakyat Korea Selatan meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa dan destinasi pelancongan utama beroperasi sepenuhnya.


Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan berterusan berhubung situasi politik negara selepas Parlimen gagal mendakwa Yoon pada Sabtu, yang kini berdepan kritikan awam hebat berikutan kekacauan yang tercetus akibat pengisytiharan undang-undang tentera itu.


Yoon secara tiba-tiba mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa lalu tetapi menarik balik beberapa jam kemudian selepas Ahli Parlimen mengundi untuk menamatkannya.


Sumber:-  Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
bila la nak selesai
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
demi sesuap kuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.204738 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list