PRODUK: Ewon (kiri) menunjukkan salah satu produk yang disediakan sempena Hari Terbuka @Hab PMKS SME Corp Malaysia.
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mewujudkan mewujudkan Hab Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah dan Sarawak.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pengwujudan Hab PMKS di Wilayah Borneo di bawah seliaan SME Corp. Malaysia itu bertujuan meningkatkan akses maklumat PMKS kepada golongan usahawan di kedua-dua negeri berkenaan.
“Hab PMKS adalah platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperolehi pelbagai maklumat mengenai perniagaan.
“Ini termasuklah maklumat mengenai permulaan perniagaan, akses pasaran pembangunan modal insan, sumber kewangan dan mempelajari amalan terbaik dalam perniagan.
“Pada tahun depan, kita ingin meluaskan Hari Hab PMKS SME Corp iaitu satu di Sabah dan satu di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan media selepas menghadiri Hari Terbuka @Hab PMKS SME Corp Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berharap sesi seumpama itu memberi manfaat kepada semua usahawan termasuk dari segi keupayaan PMKS yang menyumbang RM19 bilion cukai kepada hasil negara ini.
Sempena Hari Terbuka @Hab PMKS bertemakan 'KUSKOP dan Agensi Memperkasakan PMKS' taklimat turut diadakan antaranya Status PMKS dan Penerapan SCORE oleh SME Corp Malaysia, Latihan dan Bimbingan Keusahawanan oleh INSKEN, Transformasi Perniagaan oleh PERNAS, Skim Pembiayaan Tekun Niaga oleh Tekun, Pemerkasaan Usahawan oleh Bank Rakyat dan taklimat mengenai KWSP.
Selain itu turut diadakan sesi khidmat nasihat dan networking daripada Bank Rakyat iaitu Bank Rakyat Memacu Pemerkasaan dan Kelestarian Usahawan Madani dan Pembiayaan Bersama OCBC Al-Amin Bank Berhad.
|