CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15722|Reply: 25

Banjir makin buruk, cecah hampir 36,000 mangsa di 6 negeri. Semalam 21,000

[Copy link]
Post time 28-11-2024 08:35 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk terjejas akibat banjir yang melanda enam negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak terus meningkat kepada 35,261 mangsa daripada 10,743 keluarga, setakat jam 7.40 pagi ini.


Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan masih merekodkan angka mangsa banjir tertinggi dengan 29,022 orang (8,745 keluarga).


Setakat ini, sebanyak 150 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sembilan daerah negeri berkenaan.


Di Terengganu, seramai 5,845 mangsa banjir (1,882 keluarga) sedang berlindung di 144 PPS yang beroperasi di enam daerah, manakala di Kedah, lima PPS telah dibuka yang menempatkan 180 mangsa banjir (58 keluarga).


Di Perlis pula, tiga PPS sedang beroperasi yang menempatkan 166 mangsa banjir, selain masing-masing satu PPS dibuka di Johor (28 mangsa banjir) dan Perak (20 mangsa banjir).


Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir, seramai 11,626 (32.97 peratus) adalah lelaki dewasa, 12,537 (35.55 peratus) perempuan dewasa; 5,189 (14.72 peratus) kanak-kanak lelaki; 4,955 (14.05 peratus) kanak-kanak perempuan; 509 (1.44 peratus) bayi lelaki; dan 445 (1.26 peratus) bayi perempuan.


Seterusnya, 1,217 (3.45 peratus) lelaki warga emas; 1,417 (4.02 peratus) wanita warga emas; 632 (1.79 peratus) orang kurang upaya (OKU) lelaki; dan 414 (1.17 peratus) OKU perempuan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 10:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 10:58 AM | Show all posts
Tak perepay apa apa ke?

Payung tak sedia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 12:48 PM | Show all posts
Bilangan mangsa dah nak sama macam Gaza. Harap dapat liputan dalam TV Palestine nanti mereka kibar bendera Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:40 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-11-2024 09:41 PM

Restaurant pun di hanyutkan banjit di kelantan

Macamana keadaan binatang seperti kambing lembu ayam kucing anjing etc mesti banyak di hanyutkan oleh banjir
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:41 PM | Show all posts
Lama tak dengar abang banjir dari Melaka tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2024 01:46 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini...

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 01:47 PM | Show all posts
Mana Sultan kesayangan you all tu from Kelantan? tak turun bantu rakyat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 02:05 PM | Show all posts
ulangan 10 tahun sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 02:52 PM | Show all posts
Dalam Tik Tok ramai yg buat live banjir dari rumah,atas jalan raya di bandar dan tadi ada satu live siap tunjuk rumah baru yg buat konsep bertiang panjang 10 kaki so tak tenggelam rumah tu dan dlm komen ramai sibuk tanya mcm mana nak buat rumah mcm tu...
Semoga kesemua mereka yg terlibat akan tabah menghadapi saat yg cukup sukar dan rumit ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat perlis ni hujan non stop dr selasa
Kejap renyai, kejap rintik halus, kejap rintik kasar tp mmg btl2 non stop
Katanya sampai jumaat camni, kalau xlebat, kat perlis ni kira ok lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:37 PM | Show all posts
minggu depan air pasang besar
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tiap-tiap malam Jumaat pun jadi mangsa banjir atas katil akak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan mangsa banjir..
harap bersiap siaga semua org kat area berkaitan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:52 PM | Show all posts
kesian sgt budak2 nk SPM
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 28-11-2024 08:37 PM
minggu depan air pasang besar

Lagi teruk la kan...pekerj meols kata 2-3 hari lagi pasang besar area Selat Melaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 28-11-2024 03:41 PM
Kat perlis ni hujan non stop dr selasa
Kejap renyai, kejap rintik halus, kejap rintik kasar tp mmg b ...

Tadi pagi merasa la jugak iols redah air naik tenggelam jalan kat area petronas arau tuh, masa otw nak ambik anak balik sekolah. Cikgu pakat lepas awal students sebab area sekolah dah naik air.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 28-11-2024 09:09 PM
Tadi pagi merasa la jugak iols redah air naik tenggelam jalan kat area petronas arau tuh, masa otw ...

Esok semua sekolah kat area tu tutup kan
Sian org arau, br je lg banjir aritu
Blah kangar ni ok lg
Kalau weekend ni x ok2 lg, kena suruh ank aku turun kt stesen ktm bukit keteri la instead of arau
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 28-11-2024 09:54 PM
Esok semua sekolah kat area tu tutup kan
Sian org arau, br je lg banjir aritu
Blah kangar ni ok lg ...

Aha esok sekolah tutup.

Ni lani hujan dah berenti. Tengok esok camna. Kalau.esok dah tak hujan, so hujung minggu ni dah ok kot.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan untuk semua mangsa banjir.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list