CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42369|Reply: 0

[Perlis] Dua PPS dibuka, 50 mangsa banjir di Perlis dipindahkan

[Copy link]
Post time 27-11-2024 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Dua PPS dibuka, 50 mangsa banjir di Perlis dipindahkan



Oleh Aizat Sharif - November 27, 2024 @ 5:51pm  [email protected]




Penghulu Bahagian Pentadbiran Daerah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Reswan Ramli (bertopi) meninjau banjir kilat di Kampung Rambai, Ulu Pauh, Arau.




ARAU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir menempatkan 50 mangsa daripada 13 keluarga di Perlis dibuka susulan kediaman dilanda banjir hari ini.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, Arau dan SK Titi Tinggi, Padang Besar menempatkan mangsa banjir dari Kampung Rambai, Arau dan Kampung Titi Tinggi, Padang Besar.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud, berkata hujan yang melanda sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan berdekatan dengan sungai terutama di Arau dan Padang Besar dinaiki air

"PPS SK Guar Nangka dibuka sekitar jam 2.30 petang tadi dan terdapat sembilan mangsa daripada dua keluarga yang tinggal di Kampung Rambai, Ulu Pauh, Arau ditempatkan di situ berikutan berlaku kenaikan paras air di Sungai Gial akibat hujan yang berlaku hari ini.

"Begitu juga PPS SK Titi Tinggi yang dibuka jam 4 petang tadi dimana seramai 41 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Titi Tinggi, Padang Besar ditempatkan di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keadaan cuaca di Perlis pada waktu ini masih hujan renyai dan dijangka akan berlarutan sehingga Jumaat ini.

"Selain APM, antara agensi yang terbabit dengan pemindahan mangsa banjir adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, polis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Perlis dan RELA.

"Kita berharap mangsa dapat berpindah ke PPS yang terdekat sekiranya keadaan banjir semakin serius di tempat mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329635/dua-pps-dibuka-50-mangsa-banjir-di-perlis-dipindahkan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list