CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44238|Reply: 0

[Kedah] Pelaburan Hyundai Motor bukti tiada komplot gagalkan pelaburan swasta di Kedah

[Copy link]
Post time 27-11-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-11-2024 04:49 PM

Pelaburan Hyundai Motor bukti tiada komplot gagalkan pelaburan swasta di Kedah

NURUL HIDAYAH HAMID
27 November 2024 03:07pm



Bau Wong (tengah) bersama Swee Leong (kiri) dan Adam Loh (kanan) pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, pada Rabu.




ALOR SETAR - Keputusan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah membuktikan tiada plot dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Teh Swee Leong berkata, Perdana Menteri memaklumkan beliau membawa masuk syarikat permotoran gergasi Korea Selatan untuk membantu negeri tersebut.

Beliau berkata, Anwar melakukan tugas beliau sebagai ejen Kedah dan tiada sabotaj dilakukan mana-mana pihak terhadap kerajaan negeri.

"Jadi, tiada isu (plot) tentang dakwaan (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor) itu.

"Jikalau, ada (usaha sabotaj), bukti yang disimpan dalam hati (Menteri Besar Kedah) itu kena maklumkan kepada orang,"katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.

Swee Leong berpandangan, Muhammad Sanusi tidak boleh menyimpan perkara terbabit, sebaliknya perlu terus mendedahkan kepada umum tentang butiran tersebut.

Sementara itu, ADUN Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai berkata, terdapat banyak pelaburan masuk ke Kedah dan Kulim Hi-Tech telah di-kategori sebagai satu hab untuk pelaburan industri di bawah Belanjawan 2024.

Beliau berkata, terbaru, pelaburan diperolehi dari Korea Selatan, sekaligus membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.


Ketua Pembangkang DUN Kedah yang juga ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek berpandangan, Muhammad Sanusi perlu membuat pendedahan sekiranya dakwaannya adalah benar.

"Jikalau dakwaan itu betul,maka beliau perlu beritahu bersama dengan bukti-bukti," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan semua ADUN Kedah supaya lebih berhati-hati dan bercakap dengan merujuk kepada fakta ketika berbahas pada Sidang DUN Kedah.


Bau Wong berkata, ia berikutan ada ADUN Kedah dikhuatiri telah memetik info yang salah berkaitan Malaysia merupakan negara terpaling korup di dunia untuk menjalankan perniagaan.


Jelas Bau Wong, artikel sebenar dikeluarkan dari Wall Street Journal pada 11 Disember 2012 ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum disunting tarikh kepada 19 November 2024 dan sebagainya.


Menurut beliau, artikel terbaharu terbabit bukan hanya tidak tepat, malah tidak munasabah dan sekadar auta semata-mata yang dimuat naik seorang pengguna Facebook.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua ADUN Kedah dinasihatkan mendapatkan info yang tepat dan sahih terlebih dahulu sebelum berbahas.


https://www.sinarharian.com.my/article/698996/edisi/utara/pelaburan-hyundai-motor-bukti-tiada-komplot-gagalkan-pelaburan-swasta-di-kedah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.032508 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list