CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42078|Reply: 14

Zizan Razak jadi ‘hero’, selamatkan restoran hampir gulung tikar - “Rasa nak menangis bila mengenangkan kebaikan dia"

[Copy link]
Post time 27-11-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon juga pelawak Zizan Razak sekali lagi membuktikan bahawa kebaikan kecil mampu memberi impak besar apabila kehadirannya di sebuah restoran yang hampir gulung tikar menjadi titik perubahan buat perniagaan tersebut.


Seperti hero penyelamat, pemilik restoran berkenaan mendedahkan jumlah pelanggan meningkat mendadak selepas video Zizan menikmati hidangan di premis perniagaannya tular dalam TikTok.


“Beberapa kali kami hampir buat keputusan untuk tutup kafe ini. Tidak sangka, Zizan Razak adalah artis pertama yang sudi bawa keluarganya datang ke sini.


“Kami rakam video Zizan atas izin beliau dan tak sangka jadi viral di TikTok.


“Selepas itu, berderu pelanggan masuk, kami pun terkejut. Sesak nafas nak tampung pelanggan dengan kapasiti pekerja dan keadaan kedai kami sekarang,” katanya menerusi video dalam TikTok.


Menurut peniaga itu, kehadiran Zizan bukanlah atas undangan untuk promosi atau ulasan makanan, sebaliknya pelakon Abang Long Fadil itu datang sebagai pelanggan biasa yang tertarik dengan restoran tersebut selepas melihatnya dalam TikTok.


“Zizan kata nak cuba sebab nampak dari TikTok, bukan sebab kami jemput untuk buat review.


“Rasa nak menangis bila mengenangkan kebaikan dia yang datang dan bantu tanpa diminta.


“Sepanjang dua tahun buka kafe, kami tak pernah ada pelanggan sebanyak ini. Jualan kami pun sebelum ini amat sikit,” tambahnya dengan nada sebak.


Pemilik restoran itu turut meluahkan kesyukuran dan terharu atas keikhlasan Zizan yang secara tidak langsung membantu memulihkan semula perniagaannya selepas dua tahun bergelut cabaran.


Sikap rendah hati Zizan sekali lagi menjadi bualan netizen yang memuji keprihatinan pelakon itu meskipun kehadirannya hanyalah sebagai pelanggan.





Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2024 03:34 PM | Show all posts
zizan ni bukan ada restoran jugak ke dlu? burgerbyte x silap... lama dh x nmpak burgerbyte
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 kedai ko tak laku sbb tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 05:40 PM | Show all posts
xsedap satu hal...mahal over sgt xpdn dgn rsa so so...mayb la sbb tu x laku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 makanan yg sedap, plating yg cantik, portion yg meriah tu utk semua pelanggan, bukan utk zizan sorang je.
Kedai makan kalo sedap, service bagus, harga berpatutan mmg org akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rico's pizza tu ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
selama mna nk bertahan klau sbb viral...bnda bermusim pling lama pn 3 bulan ja..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 09:48 AM | Show all posts
kdg2 malay punya restoran yg jual western nie masak yg adooooooo... keras nk mampos kdg.. bila komen buat muka.. ate nk bayar camtu jer ko bg steak yg keras nk mampos.. pastu gravy cair.. omg.. mimpi ngeri.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2024 10:27 AM | Show all posts
kalau sedap orang akan datang lagi. kalau tak sedap sekali je orang pegi rasa lepas tu tak datang dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
satu lagi jangan hire waitress yg muka kelat
nak makan pun tekelendat bak kata din beramboi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 10:44 AM | Show all posts
sesiapa dah pergi sila bagi review jujur
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tetap benci heols sebab gatal. On camera pon masih tak malu untuk menggatal
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 27-11-2024 03:34 PM
zizan ni bukan ada restoran jugak ke dlu? burgerbyte x silap... lama dh x nmpak burgerbyte

Ha restoran Korea pun dia ada kan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mung zizang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mane tu kedai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051509 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list