CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36060|Reply: 7

Ukraine dakwa Russia serang guna peluru berpandu balistik antara benua paling kuat

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:06 PM | Show all posts |Read mode





KYIV: Tentera udara Ukraine mendakwa Russia melancarkan peluru berpandu balistik antara benua dari selatan Astrakhan dalam serangan pada waktu pagi ke negara itu.


Tentera udara Ukraine mendakwa, serangan berkenaan menjadikan Russia kali pertama menggunakan peluru berpandu jarak jauh paling kuat sejak perang tercetus antara dua negara berkenaan.


Serangan itu berlaku selepas Ukraine menggunakan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menyerang sasaran di Russia baru-baru ini.


Russia sebelum ini memberi amaran tindakan itu adalah sebagai satu bentuk serangan yang lebih besar.


Tentera udara Ukraine berkata, serangan Russia itu menyasarkan perusahaan dan infrastruktur kritikal di bandar Dnipro di bahagian tengah-timur Ukraine.


Bagaimanapun, tentera udara Ukraine tidak memperincikan punca serangan berkenaan dilakukan dan tidak menyatakan sama ada serangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan di negara itu.


Peluru berpandu berkenaan mempunyai jarak ribuan kilometer dan boleh digunakan untuk membawa kepala peledak nuklear, walaupun ia juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak konvensional.


Sistem pertahanan udara Ukraine berjaya menembak jatuh enam peluru berpandu jelajah Kh-101 ketika serangan itu berlaku.


Bagaimanapun, tentera udara Ukraine itu tidak menyatakan jenis peluru berpandu balistik antara benua yang digunakan Russia. - REUTERS




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 11:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
llmbt lg ww3
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
propa ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:25 AM | Show all posts
mesej yang disampaikan : Russia terlalu takut untuk menggunakan nuklear sehinga cabut peledak nuklear
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Coba russia blast negara nato?....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2024 09:51 AM | Show all posts
cantiknya

teringin nak tengok live
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2024 07:47 PM | Show all posts
yakjuj and makjuj...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038086 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list