CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36279|Reply: 11

PASTI Cipta Rekod Baru Dalam The Malaysia Book Of Records, Seramai 121,180 Murid Sertai Sesi Hafazan Al-Quran

[Copy link]
Post time 21-11-2024 10:56 PM | Show all posts |Read mode





Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia mencipta rekod penyertaan sesi Hafazan Al-Quran teramai kategori pra sekolah yang diadakan semalam di seluruh negara.


Menerusi muat naik di laman Facebook rasmi PASTI Malaysia, cawangan PASTI dari seluruh negara berjaya menghantar seramai 121,180 penyertaan dalam majlis tersebut. Sehubungan dengan itu, PASTI mencatat rekod baru dalam The Malaysia Book Of Records.


"121,180 penyertaan berjaya dikumpul. Hari ini 20 November 2024, PASTI Malaysia telah berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dalam penyertaan sesi Hafazan Al-Quran teramai kategori pra sekolah," ujarnya.


Majlis yang berlangsung selama satu jam bermula 10 hingga 11 pagi itu diadakan secara dalam talian dengan penyertaan tertinggi dari PASTI Negeri Selangor, seramai 28,292 murid. PASTI Negeri Terengganu mengikuti dengan seramai 13,978 penyertaan murid.


Mengikut rapat, PASTI Negeri Kelantan antara tiga cawangan teratas menghantar penyertaan teramai iaitu seramai 13,029 penyertaan murid. Penyertaan keempat dan kelima tertinggi disumbang oleh PASTI Negeri Kedah seramai 12,839 dan PASTI Negeri Johor dengan 8,876 penyertaan.


Seterusnya, PASTI Negeri Pahang dan Perak, masing-masing dengan 8,566 dan 8,138 penyertaan murid. Di kedudukan kelapan, PASTI Negeri Sabah dengan 6,700 penyertaan manakala PASTI Negeri Pulau Pinang mengekori dengan penyertaan seramai 4,887 murid.


PASTI Wilayah Persekutuan pula muncul di tangga ke-10 dengan 4,553 penyertaan, diikuti PASTI Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing menghantar seramai 4,294 dan 4,017 murid turut serta. Dua negeri lagi iaitu PASTI Negeri Perlis dan Sarawak pula masing-masing menghantar seramai 1,603 dan 1,408 murid.


Menerusi hantaran tersebut, pihak PASTI Malaysia mengucapkan penghargaan buat pihak yang terlibat termasuk ibu, bapa dan guru.


"Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberikan bimbingan dan dorongan buat anak-anak pelajar PASTI. Sejarah ini kita punya.


"Inilah perjuangan kami dalam memacu pendidikan awal kanak-kanak. Ruang yang sangat terbuka luas untuk mengilmukan masyarakat. Mendidik anak-anak mengenal huruf dan nombor. Mendidik anak-anak mengenal Allah dan Rasul. Mendidik anak-anak mencintai mukjizat Al-Quran," ucapnya.





Sumber: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia, Siakap Keli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pasti
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
thread mcm ni mana laku. x ramai yg komen. kalau bab kelantan, ustz ustzah mmg boleh pergi jauh   anyway, tahniah pasti
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah..anak aku termasuk sekali tuuuuu. Pasti ni bagus. Walaupun bayaran murah. Tapi macam2 program join. Sampai tak terfollow semua. Memang betol2 ikhlas demi kemenjadian murid.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
pasti bagus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pertahankan kepimpinan ulamak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 10:27 AM | Show all posts
brp la kena bayar nak masuk malaysia book of records tu agaknya
teringat pula pasti kt area umah i pernah minta sumbangan untuk pasang aircond.. ntah mcmn agaknya nak bayar bil tu nnt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 10:35 AM | Show all posts
PASTI mmg bagus
dh lama harap ada pengiktirafan untuk guru2 & pembantu PASTI
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ajar politik ke kat sini
Aku kalau takda kaitan ngn politik ok je tp sbb milik parti politik jd mcm 50-50
Nk plak bila dorang merendah2kan sek kebangsaan tu.
Skrg kan dorang ada Sek rendah juga pastu selamba je laa ada yg buat post kat fb suh masuk sek rendah dorang tu sambil banding2kan dgn sek keb
Bistu nk suh semua org masuk sekolah korang ke? Bangunan pun tak cukup besar padang pun blm tentu ada.
Biar jela org nak hantar sek keb pun, sek keb tu bukan milik mana2 parti politik pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 05:12 PM | Show all posts
Shayang replied at 22-11-2024 11:35 AM
Tak ajar politik ke kat sini
Aku kalau takda kaitan ngn politik ok je tp sbb milik parti politik jd  ...

setakat aku antar anak selama ni.. takde selit2 politik pon..
memang ada buku n silibus dia.. awal tahun dapat.. bawak balik utk sampul.. aku belek2.. helok je..
kecik2 dah diterap amalan islam.. solat, hafal surah  n doa..
ok je..

aku dh pernah hantar anak ke playschool..
different approach la.. playschool anak aku dulu mmg bebas.. encourage anak2 fikir sendiri.. nilai sendiri baik buruk
whereas PASTI ni dah ada guideline.. apa nak ajar.. ada rules do's n don'ts for the kids.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Tahniah pasti. Mmg bagus pun pasti ni. Sila la hantar anak2 ke sini. Dah la murah jimat duit ohhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.534779 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list