View: 30507|Reply: 34
|
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut telah dibebaskan
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Pemandu mabuk yang memandu kereta Perodua Alza dan merempuh motosikal dinaiki pasangan suami isteri sehingga maut, telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah menahan lelaki berusia 34 tahun, sejurus tiba di lokasi kejadian untuk pemeriksaan sewajarnya, kelmarin.
Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan setelah mendapati suspek mengalami kecederaan di kepala dan kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
“Suspek telah ditahan di lokasi kemalangan untuk pemeriksaan dan ujian sewajarnya. Namun, disebabkan kecederaan di kepala yang dialami, suspek diberi jaminan polis untuk rawatan di hospital.
“Kita sedang lengkapkan kertas siasatan dan selepas siap ianya akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Semalam, akhbar melaporkan pasangan suami isteri, Mohd. Ridzwan Mohd. Rudi, 37, dan Linda Mohd. A.Aziz, 35, maut setelah motosikal jenis Honda Vario dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk itu.
Dalam pada itu, Mohd. Sohaimi dilaporkan berkata, pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan, namun hasil ujian air kencing dilakukan mendapati pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah.
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehehehhehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
yam seng.....
mabuk lagi.....
langgar org lagi....
ini hali kena tangkap....
esk lepas....
apa mau takut maaaaaaaa
yam seng...... |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat hari ni yg mabuk lps tu langgar org smpi mati samada type c atau type k. Melayu ramai je yg mabuk tapi so far tak pernah pulak dgr ada yg kena langgar dgn diorg. Ke kak kiah yg terlepas pandang? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila pakai undang2 rimba mcm ni lah
Nyawa manusia dah takde nilai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah DAP & khadamnya PAN... Agenda memartabatkan budaya minum arak semakin berjaya kebal undang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Org mabuk perlu dijaga..duit belian arak tu akan dapat kat sekolah2 untuk kesejahteraan anak2 bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga apa dia buat itu family sendiri sakit. Aamiin7.
Kau mabuk, kau jenazahkan mak ayah. Anak2 menunggu di rumah.
Esok2 family kau dijenazahkan pemabuk, jgn bising2 ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Haram pun kau langgar. Tanah runtuh pakai saman. Kasihan lagi mak ayah kau jenazahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, Mohd. Sohaimi dilaporkan berkata, pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan, namun hasil ujian air kencing dilakukan mendapati pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah.
Ni aku suspek mesti polis yg dtg tu tak bawak kit alkohol tu yg dipercayai tuh. Aku bc kebanyakan kes kita kalah sbb ni. So terpaksala tuduh memandu secara tuai. Sbb tu byk pemandu mabuk ngaku tak bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
assumption semata
senang keje
|
|
|
|
|
|
|
|
ni ke yg anak2 arwah 5bradik tu? kecik2 lg anak arwah.
kalau cuai tak kisah la sbb alkohol/tak dah menyebabkan kematian tlg la saman mintak pampasan kat driver/fmly ni utk support anak2 ni semua buat mcm kat thai nun. patut kes2 mcm ni, tak perlu la keluarga mangsa nak kene hire lawyer proceed je la unless keluarga mangsa taknak buat apa2.
geram plak baca, byk kes dah kot keluarga mangsa hilang punca gitu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Justice is lost,
Justice is raped,
Justice is gone...
Pulling your strings,
Justice is done...
Seeking no truth,
Winning is all.
Find it so grim
So true
So real |
|
|
|
|
|
|
|
tgk gambar nampak kerosakan kereta tu sebelah tepi..ikut fikiran aku klu dia merempuh mesti kerosakan tu sebelah depan..sbb tu ke dia dibebaskan?? wlu apa pon tetap x adil utk bebaskan pelaku mcm tu je, dh la mabuk plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
makna betul la perbuatan warga asing yg korek mata pemabuk sampai pemabuk tu mati. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kita sedang lengkapkan kertas siasatan dan selepas siap ianya akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Semoga bacaan anda bermanfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah pinda undang2 pasal pemandu mabuk ni. bagi hukuman seberat-beratnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|