CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31155|Reply: 0

[Sabah] Lebih 51 peratus pelajar Sabah cenderung minat STEM

[Copy link]
Post time 18-11-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode


MOHD ARIFIN

KOTA KINABALU: Kecenderungan pelajar Sabah dalam subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) bagi 2024 adalah sebanyak 51.05 peratus berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kementeriannya melaksanakan pelbagai program untuk menarik minat pelajar terhadap bidang STEM melalui pendidikan tidak formal iaitu program-program pembudayaan STEM yang tidak terikat kepada kurikulum rasmi sekolah.

Katanya, antara program-program yang dilaksanakan termasuk Program Festival STEM yang bertujuan meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap STEM melalui aktiviti pembelajaran interaktif seperti eksperimen sains, pertandingan robotik, projek kejuruteraan dan pertandingan matematik.

Menurutnya, pelaksanaan program berkenaan melibatkan kerjasama dengan 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan setiap PPD diperuntukkan dana sebanyak RM15,000 untuk melaksanakan program itu.

"Program Mini Teater STEM adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menggalakkan minat dan kemahiran STEM dalam kalangan pelajar menggunakan teater sebagai alat untuk mengajar konsep-konsep STEM dengan kaedah yang menyeronokkan dan interaktif.

"Kementerian juga menubuhkan Pusat Sains Keningau sebagai usaha untuk memberi peluang sama rata kepada pelajar di kawasan luar bandar dalam memberi pendidikan sains berkonsepkan 'hands-on, minds-on dan hearts-on'.

"Selain itu, Program Kembara Pameran Sains Interaktif atau 'Mobile Exhibition Experiencing Science: Enlightening Innovation' adalah program kerjasama China Science Technology Museum dan Guangxi Science Technology Museum yang bertujuan menjadikan pembelajaran dalam bidang sains menarik, mudah dan menyeronokkan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Dilantik Amisah Yassin mengenai peratus kecenderungan pelajar terhadap bidang STEM dan program yang dilaksanakan kerajaan bagi menarik minat pelajar dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, bagi meningkatkan minat dan pencapaian pelajar sekolah luar bandar dalam mata pelajaran matematik, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) turut menganjur Kem Matematik Perdana 2024 dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pada masa sama katanya, KSTI juga menganjurkan Kolokium Pendidikan STEM 2024 yang menjadi platform bagi warga pendidik STEM untuk bertukar pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menangani isu-isu pengajaran dan pembelajaran.

"Ini juga ruang kepada komuniti guru STEM bekerjasama lebih rapat dan meningkatkan produktiviti mereka," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list