CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32654|Reply: 0

[Sabah] Tangani isu pelanggaran sempadan maritim dengan berhemah

[Copy link]
Post time 18-11-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode


JELASKAN: Hajiji ketika bercakap kepada media di DUN Sabah.

KOTA KINABALU:  Kerajaan Sabah berharap isu pelanggaran sempadan maritim Sabah oleh Filipina dapat ditangani secara berhemah dan kekeluargaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Wisma Putra telah memaklumkan pihaknya mengenai penyerahan nota bantahan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kita sudah dimaklumkan oleh Wisma Putra dan ini kita serahkan kepada Wisma Putra ataupun kerajaan persekutuan dan saya mendapat makluman, kita telah pun menghantar nota bantahan ke PBB untuk diselesaikan.

“Memang kita akan berpandukan kepada sempadan negara kita dan kalau saya tengok peta itu dia termasuk sedikit dalam sempadan negara kita.

“Jadi, kita harap dapat diselesaikan secara baik kerana Filipina adalah jiran kita yang saya rasa perlu kita tangani secara baik dan berhemah sebagai satu keluarga ASEAN,” jelasnya.

Hajiji ditemui media selepas menghadiri Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Jumaat.

Pada Khamis, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian Luar memaklumkan, Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina terhadap dua akta yang baharu iaitu Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina.

Kedua-dua akta berkaitan persempadanan baharu maritim negara itu disahkan melangkaui peta baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.035058 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list