CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74988|Reply: 0

[Perlis] BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16

[Copy link]
Post time 16-11-2024 08:21 PM | Show all posts |Read mode
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16

16 November 2024 07:37pm




Zambry ketika merasmikan Konvensyen BN Perlis di sini, pada Sabtu. Foto Facebook Zambry Abdul Kadir




KANGAR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkeyakinan BN di Perlis mampu bangkit semula menguasai negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau yakin bahawa rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini berserta pimpinan parti itu di Perlis.

"Tentunya paling mustahak adalah bagaimana rakyat akan membuat penilaian terhadap kerajaan (negeri) yang ada ini dengan apa pernah dilaksana di bawah BN (dulu). Kesemua ini tentunya membuatkan rakyat akan memikirkan sebaik-baik kerajaan itu adalah daripada BN dan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini.

"Saya yakin rakyat dapat buat perbandingan zaman BN dengan zaman (kerajaan negeri) yang ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Perlis di sini, pada Sabtu yang turut dihadiri Pengerusi BN Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, BN di Perlis mempunyai potensi yang sangat baik untuk menawan kembali negeri itu apabila dilihat mempunyai gerak kerja disusun begitu rapi, selain semangat kerjasama yang mantap serta perpaduan dalam kalangan mereka begitu baik sekali.

Sementara itu, beliau berkata, BN akan mengadakan Konvensyen BN peringkat kebangsaan pada 30 November dan perhimpunan BN secara besar-besaran pada 7 Disember nanti. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/696969/berita/politik/bn-perlis-diyakini-bangkit-semula-pada-pru16


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.703927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list