CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18393|Reply: 24

[Dunia] Anwar terima anugerah El Sol Del Peru, penghormatan tertinggi Peru kepada Malaysia

[Copy link]
Post time 14-11-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-11-2024 11:36 AM

Berita Harian
Daripada Kamarulzaidi Kamis - November 14, 2024 @ 7:39am
[email protected]


Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra memakaikan pingat anugerah El Sol Del Peru kepada Anwar ketika pertemuan di Istana Kerajaan di Lima, Peru. - Foto AFP


LIMA, Peru: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima penghormatan tertinggi Peru, El Sol Del Peru yang bermaksud 'Mentari Peru', yang menjadikannya satu lagi pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia.

Anugerah berprestij ini adalah penghormatan sivil tertua di benua Amerika, yang diwujudkan pada 1821 selepas Peru mencapai kemerdekaan dari Sepanyol, menjadikannya simbol bersejarah dalam diplomasi antarabangsa.

Anugerah berprestij 'Mentari Peru' berkenaan disampaikan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra ketika pertemuan di Istana Kerajaan Peru hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi kerajaan Peru, anugerah pingat "El Sol del Peru". - Foto Bernama


Dalam ucapan penghargaannya, Anwar bersyukur atas pengiktirafan ini dan menganggapnya sebagai penghormatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Saya terima anugerah ini bagi pihak rakyat Malaysia, dan kita menghargainya sebagai lambang persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Peru," katanya.



Perdana Menteri turut menyatakan bahawa lawatan beliau ke Peru adalah satu pencapaian bermakna, kerana ia membawa beliau sejauh mungkin dari Malaysia.

Katanya, lokasi Kuala Lumpur terletak di bahagian bertentangan bumi dari Peru, menggambarkan betapa jauhnya perjalanan ini.

Namun begitu, Anwar mengakui bahawa terdapat kesamaan antara Malaysia dan Peru yang tidak dapat diabaikan.

Beliau menyatakan bahawa kedua-dua negara berkongsi sifat masyarakat yang majmuk dan kepelbagaian biodiversiti, yang menjadi teras kepada hubungan persahabatan mereka.

"Seperti Malaysia, Peru juga adalah sebuah negara berbilang budaya dan mempunyai ekosistem yang megadiversiti. Kedua-dua negara turut berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan geopolitik dan persaingan ekonomi global," jelasnya.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia dan Peru mempunyai potensi besar untuk memperkukuh kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, selain menyokong kepentingan negara-negara Selatan dalam forum antarabangsa.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di majlis sambutan di Istana Kerajaan Peru hari ini. - Foto Bernama


Katanya, jarak geografi tidak akan menjadi halangan untuk membina hubungan yang lebih erat dan produktif.

Sebagai seorang pencinta sastera, Anwar turut menzahirkan kekaguman terhadap penulis terkemuka Peru seperti César Vallejo dan Mario Vargas Llosa yang karya mereka membawa perspektif unik mengenai identiti budaya yang kompleks, serta keindahan bahasa yang menyentuh jiwa.

Beliau turut mengakui bahawa Vargas Llosa, penerima Nobel Kesusasteraan, dianugerahkan El Sol Del Peru pada Mac 2023.

Pengiktirafan itu, menurut Anwar, menjadikan penerimaan beliau sebagai satu penghormatan yang sangat bermakna.

Anwar juga menyatakan harapan bahawa anugerah itu akan menjadi titik permulaan baharu dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Peru.

"Saya berharap ini akan menjadi permulaan yang baharu dalam hubungan kita, dan banyak yang kita boleh capai bersama pada masa akan datang," tambahnya.

Dalam satu isyarat keakraban, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Boluarte dan rakyat Peru dalam bahasa Sepanyol: "Muchas gracias Presidenta Dina Boluarte, al Gobierno y a la gente del Perú (Terima kasih tidak terhingga kepada Presiden Dina Boluarte, kepada Kerajaan dan rakyat Peru)."

Melalui lawatan itu, Anwar turut memperkukuh kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa sebagai negara yang proaktif dalam memperjuangkan kepentingan negara-negara Selatan dan memperluas hubungan dengan negara Amerika Latin.

Anugerah berkenaan juga menjadi lambang kepada pencapaian diplomatik negara dan komitmen Malaysia dalam mempromosikan kerjasama antarabangsa yang lebih erat.

Anwar menekankan bahawa hubungan yang terjalin ini adalah langkah positif dalam mewujudkan dunia yang lebih harmoni dan saling menghormati.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-11-2024 03:38 PM
Katanya, lokasi Kuala Lumpur terletak di bahagian bertentangan bumi dari Peru, menggambarkan betapa jauhnya perjalanan ini



X sangka pmx terer Gografi

Peru dgn Ecuador ialah tempat paling jauh drpd Msia atas muka bumi (20,000++km)...meaning kalo korek terowong straight line drpd KL akan tembus opposite site of earth which is somewhere in Peru






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunyi2 seakan el so dom
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:24 PM | Show all posts
soley soley


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
peru ni scary..kadar jenayah pun tinggi kan..ke colombia...yg penting scary
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ni lah PMQT masa ni jugaklah dia nak field trip satu bulan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-11-2024 03:42 PM
edayildiz replied at 14-11-2024 02:43 PM
peru ni scary..kadar jenayah pun tinggi kan..ke colombia...yg penting scary


Yg crime tinggi tu Colombia negara jiran Peru..tapi tu dulu,skrg dah aman dah..best oo Peru..walau negara x besar mana tapi semua jenis iklim bumi ada kat sana..dari gunung ganang bersalji persis Switzerland..gurun pdg pasir sampai la ke hutan hujan Amazon semua ada..satu drpd 7 Wonders of the World,Machu Picchu tu pun kat Peru...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
k roger.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 14-11-2024 02:51 PM
Yg crime tinggi tu Colombia negara jiran Peru..tapi tu dulu,skrg dah aman dah..best oo Peru..walau ...

Tak besar mana hang cakap? Peru tu 4x besar dari Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-11-2024 09:25 AM
saden replied at 14-11-2024 04:23 PM
Tak besar mana hang cakap? Peru tu 4x besar dari Malaysia.

Mmg la lg besar dri Msia...mksud aku kalo compere dgn top10 biggest countries mcm Rusia,Brazil,US,China,India etc.Peru kecik la sikit...even jiran dia  brazil yg 7X ganda luas tu pon takde salji dgn padang pasir mcm Peru..










Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 10:27 PM | Show all posts
Tahniah PMX. Peru cantik, makanan pun sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:08 PM | Show all posts
tripleid replied at 14-11-2024 02:51 PM
Yg crime tinggi tu Colombia negara jiran Peru..tapi tu dulu,skrg dah aman dah..best oo Peru..walau ...

Eh Peru ni besar jugak chuols, ketiga terbesar di S. America. Cumanya dari segi geografinya dia tak lebar tapi memanjang. Tu sebab negara dia punya landscape ada macam-macam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba-tiba i nak gugel pasal Peru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 05:54 AM | Show all posts
tripleid replied at 14-11-2024 02:51 PM
Yg crime tinggi tu Colombia negara jiran Peru..tapi tu dulu,skrg dah aman dah..best oo Peru..walau ...

Jangan dilupa Paddington bear pun lahir di Peru

Iya climate sgt unik, sebab memanjang so dia dapat pelbagai jenis iklim..




Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:07 AM | Show all posts
KBW2 replied at 14-11-2024 11:08 PM
Eh Peru ni besar jugak chuols, ketiga terbesar di S. America. Cumanya dari segi geografinya dia ta ...

yg panjang tu jiran dia Chile uols..Peru ni mcm pendek sikit tapi gemok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 09:14 AM | Show all posts
tripleid replied at 15-11-2024 09:07 AM
yg panjang tu jiran dia Chile uols..Peru ni mcm pendek sikit tapi gemok

Gemok mcm Si Bella yg masuk jel ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. peru nak promo org mesia pi lawat machu picchu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:26 AM | Show all posts

walaun tul
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:39 AM | Show all posts
tripleid replied at 15-11-2024 09:07 AM
yg panjang tu jiran dia Chile uols..Peru ni mcm pendek sikit tapi gemok

Yekeeeeee Iols tersilap negara lah ni, hahahaha.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.071594 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list