View: 18260|Reply: 14
|
'Ini pengiktirafan dan penghargaan untuk semua insan seni' - Siti Nurhaliza terima Anugerah Khas Biduan Negara
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi, menyifatkan ia bukan sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerjaya seninya, tetapi adalah lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muzik tanah air.
Siti berkata, amanah dan kepercayaan itu juga adalah satu tanggungjawab buatnya secara peribadi untuk terus memartabatkan seni dan budaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman.
"Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluang memanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.
"Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara," katanya.
Siti berkata, dia akan terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga dan dihargai.
"Inilah warisan yang kita ada dan perlu dipelihara," katanya.
Penganugerahan itu juga mengingatkan Siti kepada kata-kata bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang sering mengibaratkan dia seperti bunga melur yang juga lagu kegemaran bapanya.
"Ibarat gadis desa bunga melur, sederhana. Walau kering tak bercahaya bunga melur. Baumu memikat jiwa," katanya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, setiap kali meraih kejayaan, dia sentiasa mengingatkan dirinya di mana ia adalah rezeki hasil berkat doa dan sokongan semua pihak yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seninya yang sudah mencecah 29 tahun.
"Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus khususnya kepada orang-orang terdekat saya iaitu suami, anak-anak, ibu, arwah bapa, kaum keluarga, pengurusan, petugas dan kakitangan.
"Tidak ketinggalan, rasa terima kasih ingin saya panjangkan kepada syarikat-syarikat rakaman serta semua penerbit, komposer dan penulis lirik yang pernah terbabit dalam kerja-kerja penerbitan album saya.
"enghargaan juga buat semua sahabat-sahabat media di semua platform yang setia memberi sokongan kepada karier saya selama ini.
"Tidak dilupa buat peminat-peminat tersayang dan pencinta muzik di seluruh rantau ini serta semua yang sudah mendukung kerjaya saya. Tanpa pembabitan anda semua, pencapaian ini tidak mungkin dapat saya kecapi," katanya.
Siti juga berharap penghargaan yang diterimanya ini boleh menjadi inspirasi dan motivasi buatnya untuk terus menghasilkan karya-karya terbaik dan membawa keindahan seni muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Sempena penganugerahan itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
ASN2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada penggiat seni atas sumbangan dalam bidang kesenian negara, sekali gus melonjakkan tokoh seni tempatan sebagai seniman bertaraf dunia.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
So, CT dah jadi Anuegerah Biduan Negara ke??? Cam arwah Kak Pah dan Saloma…. |
|
|
|
|
|
|
|
@SANKURIANG - Awak masih tak faham kah? Mau berita ini di tulis dlm bahasa myanmar? |
|
|
|
|
|
|
|
Windermere1004 replied at 14-11-2024 09:57 AM
@SANKURIANG - Awak masih tak faham kah? Mau berita ini di tulis dlm bahasa myanmar?
Hahahahahah bahasa myanmar |
|
|
|
|
|
|
|
so dah bolehlah kurang2kan buat konsert.. asik muka dia e buat konsert |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah2 tokti
senyap je xde nk bg hint2 pun
know2 haaa dpt dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah tahniah tok t.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye saya bercakap dalam bahasa myanmar tau awak....saya kan bertanya aja...tak paham ke soalan saya tu????
|
|
|
|
|
|
|
|
SANKURIAN...bkn Kak Pah & Saloma. Ini award level level Aliff Syukri, penyanyi no 1 Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ubat gigi d herbs tu ke????
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah tokti...dr segi pencapaian dlm bidang seni, dia mmg layak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|