CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39086|Reply: 0

[Johor] Pemilik wang tunai tercicir di HEBHK dicari

[Copy link]
Post time 11-11-2024 06:27 PM | Show all posts |Read mode

Pengusaha kantin, Kamariah Hassiam, 49   di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menunjukkan lokasi sampul berisi ratusan ringgit kira-kira 2 petang semalam. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: "Jangan cuba ambil kesempatan, kita tak tahu pemiliknya betul-betul nak guna duit, dalam kesusahan."

Begitu nasihat Kamariah Hassiam, 49, berhubung tindakan segelintir pihak menyamar bagi menuntut wang berjumlah ratusan ringgit yang ditemuinya ketika mengemas kantinnya di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini.

Kamariah berkata, dia menemui wang tunai berkenaan ketika mengemas kantin kira-kira 2 petang semalam lalu menghebahkan di media sosial.

"Saya dihubungi dua individu mengaku pemilik kepada sampul mengandungi sejumlah wang dan mahu menuntutnya, tetapi mereka gagal beri maklumat tepat lalu terus meletakkan telefon.

"Jadi saya anggap mereka cuba ambil kesempatan. Andai selepas seminggu ini tiada sesiapa yang tampil, saya akan infak duit ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), terdapat dua keluarga makan di meja berkenaan dan mereka diminta menghubungi di talian 018-2984697.

"Jika pemilik wang itu tampil selepas seminggu, saya akan ganti wang yang diinfak terbabit," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran meminta bantuan orang ramai untuk menghebahkan penemuan wang tunai berkenaan.


Disiarkan pada: November 11, 2024




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list