Penyingkiran UMNO dalam Nafas bukan motif politik – Mohamad Sabu
kosmo.com.my
Oleh FADZIL ZAINOL
10 November 2024
Mohamad (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Negeri Perak Parti Amanah Negara di Hotel Casuarina@meru di Ipoh hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!
IPOH – Reformasi tatakelola dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kononnya Parti Amanah Negara (Amanah) mahu menyingkirkan UMNO daripada pertubuhan itu tidak benar kerana tiada kaitan dengan politik.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau sendiri bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menjelaskan berhubung tindakan terhadap Nafas.
Katanya, Ahmad Zahid menyokong tindakan tersebut, malah turut menamakan beberapa individu di dalam pertubuhan berkenaan.
“Saya jumpa Datuk Seri Zahid Hamidi dan saya kata Datuk Seri Nafas yang kita bertindak ini tiada kena mengena dengan politik. Beliau jawab saya sokong penuh. Beliau pula namakan pemimpin Nafas itu,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Amanah Perak di sini hari ini.
Bermula 1 November lalu, Perlembagaan Nafas digantung serta-merta susulan dakwaan berkaitan kepincangan urus tadbir sehingga mengundang siasatan oleh pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Presiden Amanah menegaskan ahli akar umbi berhak menyuarakan keinginan untuk bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan akhir mengenai hasrat itu akan dtentukan oleh kepimpinan tertinggi parti di peringkat nasional. – KOSMO! ONLINE
POH – Reformasi tatakelola dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kononnya Parti Amanah Negara (Amanah) mahu menyingkirkan UMNO daripada pertubuhan itu tidak benar kerana tiada kaitan dengan politik.
Patut lah selama ini lepas. Mana ada sapa check. Tolong pulangkan pada negara 1.8 billion yang telah disonglap itu.