CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 56810|Reply: 63

[Tempatan] DBKL arah henti projek kondo J Satine susulan aduan berlaku letupan

[Copy link]
Post time 9-11-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 9-11-2024 01:47 PM

UTAMA

DBKL keluar arahan henti kerja projek J Satine

Oleh Wartawan MalaysiaGazette - 9 November 2024



Gambar tular keretakan pada struktur Blok C J Satine, Wangsa Maju


KUALA LUMPUR- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan henti kerja bagi pembinaan J Satine di Wangsa Maju manakala tapak bina perlu diselenggara supaya berada dalam keadaan bersih.

Ia susulan keretakan pada struktur shear wall, tiang dan lantai pada unit-unit yang berada di tingkat 8 dan ke atas di Blok C bangunan tersebut.


Arahan tersebut dikeluarkan menerusi notis kepada pihak perunding di bawah seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

DBKL turut mengarahkan supaya jurutera bebas dilantik bagi   menjalankan   pemeriksaan      integriti    struktur keseluruhan pembangunan J Satine dan mereka mestilah mengemukakan laporan hasil daripada pemeriksaan tersebut.

Pihak berkenaan juga diarah melakukan kerja-kerja rektifikasi berdasarkan syor daripada jurutera bebas.


“Tempoh pemberhentian pembinaan projek (stop work order) adalah berdasarkan kepada pelaksanaan perkara-perkara di atas.


“Punca letupan dan kegagalan struktur belum ditentukan sehingga laporan integriti struktur dikemukakan kepada DBKL.

“DBKL mengambil perhatian serius terhadap insiden yang berlaku. Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas khususnya melalui saluran media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Pada 7 November lalu, pihak DBKL menerima aduan daripada penduduk PPR Wangsa Sari berkaitan suatu letupan telah berlaku di tapak pembinaan J Satine disebabkan kegagalan struktur di Blok C, pembangunan J Satine, Wangsa Maju. -MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2024 ... ja-projek-j-satine/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2024 12:38 PM | Show all posts
NASIONAL

DBKL arah henti projek kondo J Satine susulan aduan berlaku letupan

09 November 2024, 11:26am



Keadaan struktur binaan yang retak membabitkan sebuah projek perumahan di Wangsa Maju. – FOTO: FMT


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan J Satine di Wangsa Maju dihentikan susulan laporan berlaku letupan di tapak berkenaan disebabkan kegagalan struktur di Blok C.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan tapak dijalankan oleh pihaknya dan mendapati terdapat keretakan pada struktur ‘shear wall’, tiang dan lantai pada unit-unit yang berada di tingkat 8 dan ke atas.


Sehubungan itu, DBKL menerusi satu notis di bawah seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan kepada pihak perunding serta mengarahkan supaya diambil beberapa tindakan termasuk memberhentikan semua kerja-kerja pembinaan.

Tindakan lain, menyelenggara tapak bina supaya berada di dalam keadaan bersih dan selamat, melantik jurutera bebas bagi menjalankan pemeriksaan integriti struktur keseluruhan pembangunan J Satine, mengemukakan laporan iaitu hasil dari pemeriksaan integriti struktur serta menjalankan kerja-kerja rektifikasi berdasarkan pengesyoran daripada jurutera bebas.

Menurut DBKL, tempoh pemberhentian pembinaan projek adalah berdasarkan kepada pelaksanaan perkara diarahkan.

“Punca letupan dan kegagalan struktur belum ditentukan sehingga laporan integriti struktur dikemukakan kepada DBKL.

“DBKL mengambil perhatian serius terhadap insiden yang berlaku. Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas khususnya melalui saluran media sosial,” katanya.

DBKL menerima aduan Khamis lalu daripada penduduk PPR Wangsa Sari berkaitan suatu letupan di tapak pembinaan J Satine.


https://www.buletintv3.my/nasion ... an-berlaku-letupan/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2024 12:38 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 9-11-2024 01:52 PM

  


https://www.instagram.com/p/DCIzhEFz1wJ/

https://www.instagram.com/reel/DCIyD72IpUd/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2024 12:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Seremmmmm kalau da sampai bunyi letupan tu, crack teruk la eh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadahnya ko bagi projek kt org jual kain2 utk bina rumah tinggi2
Kesian pembeli..konfem la akan jd nasib yg sama mcm residensi hektar gombak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 01:35 PM | Show all posts
Kalau mcm tu sekali dah kerosakan struktur. Sistem zalim di Malaysia ni menganiaya pembeli. Rumah dijual dahulu sebelum ia wujud. Sepatutnya bila rumah dah siap barulah boleh jual.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-11-2024 01:24 PM
Jadahnya ko bagi projek kt org jual kain2 utk bina rumah tinggi2
Kesian pembeli..konfem la akan jd ...

Sakit uii...nak bayo tiap2 bulan tapi rumah tak boleh duduk
Masih tak siap lagi ek?.
Iols ada nampak page untuk pembeli rumah hektar ni kat fb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 9-11-2024 05:45 PM

Bila tengok keadaan bangunan, macam apartment je, bila google, condo RUMAWIP harga RM300k, high density. Banyak blok, blok dekat². Kesian nasib pembeli.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 9-11-2024 01:36 PM
Sakit uii...nak bayo tiap2 bulan tapi rumah tak boleh duduk
Masih tak siap lagi ek?.
Iols ada namp ...

Yg hektar gombak tu mcm abandon terus jah tgk ganyanya
Yg hat kes ni lak, takkan nk kene demolish the whole building kan..so maybe abandon gak le
Aku x percaya lgsg dgn mamak jual kain tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..ada kaitan dgn Jekyl rupanya yach

Teringat statement diorg zaman kobid dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm punya rekah aih...org civil please explain..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat area Georgetown ada satu bangunan under kerajaan negeri yg kena stop construction w/pun dah naik dekt 7-8 floor.. rupanya bina rumah ats tanah mendap. Masalahnya lepas beberapa tahun dok tengok bangunan tu teguh elok ja..xdak laa menjunam pun. Skg ni dekat belakang tadika ank aii depa dok bina kondo tepi laut..tambak laut xsampai setahun dah naik bangunan. seeeraaaam nya tengok pantai2 situ dah banyak yg terhakis. Dah laa ombak tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 07:51 PM | Show all posts
tak selamat la cmtu
elok runtuhkn aja
buat tanah kubur bertingkat sudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup2 la mengkayakan developer ni..
Bersepah harta lelong..beli aje yg lelong..lelong pun murah byk drp undercon..dah la boleh riki2 environment.. traffic blabla
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-11-2024 06:46 PM
Yg hektar gombak tu mcm abandon terus jah tgk ganyanya
Yg hat kes ni lak, takkan nk kene demolish  ...

Teruk sangat kokak nye j satine tu..

Orang keliling dah riso je
Tinggi plak tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-11-2024 07:05 PM
Wow..ada kaitan dgn Jekyl rupanya yach

Teringat statement diorg zaman kobid dulu

Yang bumiputra tu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hektar Gombak tu hampir terbeli ui..nasib baikla dapat rumah landed harga lebih kurang sama tapi negeri lain la..haih sukurlaaa nak
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya sape dah beli. Undang2 malaysia ni bukan melindungi pembeli pun. Dev yang jahat aman2 lepas. Kerajaan ke, pembangkang ke sama je. Beli lah rumah lelong atau yang memang dah siap. Kena projek rumah sakit ni sakit hati dan bala.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke kat msia ni banyak umah tak laku? Naper g bina umah bertingkat byk2 lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.287164 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list