CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13252|Reply: 111

Berita Sedih(Peniaga Emas)..Kedai emas semakin lengang

[Copy link]
Post time 15-4-2011 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Kedai emas semakin lengang
Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


KEADAAN salah sebuah kedai emas yang semakin kurang dikunjungi pelanggan di Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.
“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.
“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.
Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.
“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

Jom beli Emas Lelong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 09:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by AwangAli at 15-4-2011 09:48

ape yang aku perasan, ramai peminat emas ni dah bertukar arah..kalau dulu mereka bali emas untuk perhiasan, tapi ramai sekarang beli emas utk simpanan/pelaburan..ramai yg beli emas jongkong untuk disimpan..jadi jualan emas perhiasan drop..
yang keduanya..faktor kuasa beli penduduk malaysia ni dah semakin menurun utk beli barang2 mewah..dulu2 makcik jual sayur beli emas sampai saparuh lengan kalau kat kelantan..sekarang ni..ade unutng skit2 buat tampung makan minum keluarga jer..sebab kos sara hidupmeningkat mendadak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:49 AM | Show all posts
kalau rega emas tu naik..peniaga jual brg kemas ni xleh ke wat2 sale..kekeke turun kan rega emas kat kedai sendiri2..kalau wat mcm tu kompem seme org serbu punya..kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:52 AM | Show all posts
Zaman makcik2 bergaya dengan emas berkilo-kilo di badan dah berlalu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:56 AM | Show all posts
xpe bee end kata rakyat masih cukup makan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:58 AM | Show all posts
zaman skg ni, emas dh banyak saingan... setakat nak pakai gelang, rantai.. ramai org pergi beli yg murah2 jer... asalkan cantik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2011 09:59 AM | Show all posts
org nak beli emas time nak kawin je..nak bagi hadiah anniversary kena pk 2 3x..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 09:59 AM | Show all posts
perniagaan kedai emas di kelantan biasanya perniagaan turun temurun

sejak beberapa generasi

xdak pernah nampak yg yg baru berjinak jinak dgn bisnes berangan nak bukak kedai emas

jadi,kalaulah perniagaan mereka sekarang merosot,anggaplah itu satu putaran

zaman....kalau dulu mereka dh idop mewah kaya raya hasil perniagaan emas,mungkin

sudah tiba masanya mereka mengalami sedikit kelembapan ekoran keadaan semasa

tp apa nak dirisaukan? stok emas bukan mcm stok ikan/sayur/biskut yg ada

tarikh luput...simpan jer la takpun gunakan "stok" yg ada tu utk tukar pd RM

duit plak nanti bleh rolling utk buat bisnes lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 10:02 AM | Show all posts
emm ak pung x berani nk beli mahal mak aii
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:22 AM | Show all posts
ade org tunggu harga emas turun baru nak beli..
so bila emas nak turun harga ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:29 AM | Show all posts
peniaga emas, walau org tak beli pun, aset diaorang tak merosot. lagi berharga ada lah.
cuma kalau nak bayar duit gaji bulan-bulan tuh, tokey emas kena gi jual aset emas yg derang ada kat bank ker hapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:31 AM | Show all posts
jgn lupa zakat ye beli emas simpanan 2
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:31 AM | Show all posts
waaa..ritu lalu depan kedai emas kelantan kat alamanda tuh penuh jah...ske org putrajaya neh beli emas yer...ari jumaat tuh...pompuan katakan...ekeke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:31 AM | Show all posts
so .. belilah emas Zhulian
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:35 AM | Show all posts
nk uat cmne..skrg zmn MLM
org minat gelang AC mizal yg beribu2 tu dari gelang emas yg real
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:46 AM | Show all posts
takut nak pakai barang kemas sekarang........ takut putus tangan leher bagai.......ris hanya pakai gelang kecik aje......lain2 simpan, ngeri sangat kat sini dah selalu orang kena ragut...... ada sekali tuh ris terpakai rantai, adalah sorang ajk surau nih siap panggil ris lagi, ingatkan kenapa nak sound jarang gi surau ke ape........ rupanya nak sound supaya janganlah pakai rantai tuh lagi... dah banyak kali dah katanya kat area situ kena ragut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 10:47 AM | Show all posts
Reply 9# zaiha


Tue yang ai kagum bila ade yang menerjah kat kedai emas
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:00 AM | Show all posts
saya beli 2 minggu lepas baru rm152 di Habib..harga pasaran rm157...now dah naik rm162..cepat tul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 11:04 AM | Show all posts



berapakah nilainya ini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:04 AM | Show all posts
masih ada lagi 3-4 customer sehari.. ok la tu masih ada yg mampu musim2 emas tgh mahal nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073576 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list