CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45589|Reply: 0

[Johor] Kontraktor dijel sebulan kerana tumbuk isteri

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode

FARID dipenjara sebulan selepas mencederakan isterinya yang juga doktor, bulan lalu. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Saya masih sayangkan isteri dan anak, teringin jumpa mereka selepas 40 hari menjalani tahanan. Saya tak sanggup lagi tinggal di penjara."

Demikian rayuan kontraktor yang didakwa mencederakan isterinya yang juga doktor kerana enggan berhenti membeli makanan sebelum Mahkamah Majistret, di sini, menjatuhkan hukuman penjara sebulan, hari ini.



Mohd Farid Sahak, 34, sebelum itu mengaku bersalah di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Lelaki itu kelihatan sebak ketika diberi peluang oleh mahkamah untuk membuat rayuan terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya berusia 32 tahun.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya dalam kereta di Jalan Tukas, Taman Soga, di sini, 2.20 petang, 19 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.



Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga doktor, memaklumkan dia dipukul suaminya.

Hasil siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang juga isteri tertuduh memintanya berhenti di kedai untuk membeli makanan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak melayani permintaan wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Kemuncaknya, tertuduh menumbuk lengan kanan isterinya sebanyak enam kali menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan turut mengemukakan kenyataan impak isterinya yang meluahkan kekecewaan terhadap tindakan tertuduh.

Kenyataan itu turut diperdengarkan di mahkamah yang mana wanita terbabit memaklumkan dia sering menjadi mangsa belasahan suaminya yang panas baran.

"Saya takut dengan suami, saya tak mahu lagi tinggal bersamanya. Saya tidak faham kerana sering dipukul tanpa sebab," luahnya.



Disiarkan pada: Oktober 28, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039312 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list