View: 20504|Reply: 44
|
‘Alhamdulillah, dulu susah solat, sekarang David kejut saya subuh’ - Lana Nodin kini berada di fasa terbahagia
[Copy link]
|
|
Pelakon Lana Nodin kini berada di fasa terbahagia apabila suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie semakin mendalami agama Islam.
Menurut Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 42, selepas sembilan tahun berkahwin, suaminya sangat disiplin dalam ibadah solat termasuk tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.
Bukan itu sahaja, David juga selalu akan mengejutkan Lana untuk solat subuh walaupun dia sedang berada di luar negara.
“Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada susah solat sekarang menjadi mudah solat.
“Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat. Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh.
“Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat. Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimbang penyakit ain,” ujar Lana pada Lana ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Noir X RidzOkumuradi Ampang semalam.
Tambah Lana, suaminya mudah untuk menerima ajaran agama Islam kerana sebelum berkahwin dia pernah menetap di Abu Dhabi, selama tujuh tahun.
Bahkan suaminya kini juga mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulungnya.
“Setiap Ahad selama dua jam saya memang jemput ustaz dan ustazah yang merupakan pasangan suami isteri untuk mengajar anak dan suami mengaji bermula daripada Iqra.
“Satu jam mengaji dan satu jam lagi untuk kelas agama. Saya pun tidak sempurna dan pandai, jadi apa sahaja kemusykilan akan ditanya terus jadi suami lebih mudah faham,” kata Lana
Selain itu kata Lana, anak sulungnya, Gua Quinn, 9, juga sudah melakukan ibadah solat cukup lima waktu.
“Alhamdulillah, sekarang anak saya cukup solat lima waktu dan akan marah jika tidak solat berjemaah bersama daddy.
“Sekarang saya dalam proses mengajar suami menjadi imam dalam solat. Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatiha dan tidak tahu surah-surah lain pada saya itu sudah memadai.
“Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari,” tutur Lana yang kini sibuk dengan perniagaan makanannya, Lana’s Bakery Land.
Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan suaminya itu memeluk Islam setahun sebelum mereka berkahwin.
Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Gia Quinn McKienzie, 9 , dan William Daud McKienzie, 6.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki acik ni ada kat malaysia ke US ek? kejap ada kejap takde |
|
|
|
|
|
|
|
Handsome husband dia.
Ke iols yang taste dekat Caucasian man |
|
|
|
|
|
|
|
ainonymous replied at 23-9-2024 09:22 AM
Laki acik ni ada kat malaysia ke US ek? kejap ada kejap takde
Kalo kt artikel atas kata laki dia bertanding kt luar .aku ingatkan dah pencen .x aktif |
|
|
|
|
|
|
|
Simpan sendiri je la Lana benda positif pasal hubby you ni. Nanti ada pulak yang nak menyondol. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah anak2 dia solat penuh.hafal ayat kursi baru 5 tahun.aku dulu kena paksa hafal.klau tak ustazah suruh berdiri sampai habis kelas |
|
|
|
|
|
|
|
Org ckp among few things ko kena keep private adalah ibadat n charity yang ko buat...
Xpyhla nk kompang sgt benda yang mmg wajib..laki ko tu dh bkn level mualaf pun..ko pun sama...lainla laki ko buat tahajud tiap2 malam
Benda basic - bare minimum pun ko nk palu kompang..hmmm
Tp jujur laki ko mmg yummms.. untung badan.hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. semoga menjadi contoh kepada kita semua.. benda baik kita kena raikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 23-9-2024 11:48 AM
dolemitecarey replied at 23-9-2024 09:27 AM
Handsome husband dia.
Ke iols yang taste dekat Caucasian man
Hensem hubby nya, tp xde la pure caucasian. Mixed filipin cuma x nampak sgt but anak pempuan tu obvious filipin. Both anak comel2
Harap2 hubby nya mmg baiklah. Knowing main volleyball pantai ni aweks seksi.
SG doakan depa ni bahagia till jannah. Mujur lana x kawen johan kan |
|
|
|
|
|
|
|
lawa dah idung lana... ala kpop punya hidung
tak macam idung anju... teruk beno rupa parasnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalah hanis queen kepam haizi. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.
btw teringat dia merempan psl org komen hidung anak dia x menurun mancung. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect: Simpan sendiri je la Lana bend ...
Yepp.. betul tuu.. kang ade yg bwk stembroll ko jgk yg nangis nanti.. kalo aku. Laa.. laki sikit punya hensen mcm tuu mmg aku tak letak gambo lgsg . |
|
|
|
|
|
|
|
Sejuk perut isteri hubby semakin baik..jaga solat. Rezeki tau |
|
|
|
|
|
|
| |
|